Mufti Puji Lagu Faizal Tahir ~ Baca disini


Mufti Perlis, Dr MAZA hari ini telah memuji lirik lagu Assalamualaikum nyanyian faizal Tahir yang mendapat naib juara di pentas Anugerah Juara lagu.

Ini komen Dr MAZA:

Saya ingin mengucapkan syabas kepada saudara Faizal Tahir yang berusaha menyampaikan misi kemanusiaan dalam lirik lagunya. Seni itu sepatutnya membangunkan kemanusiaan dan hidup yang berteraskan beradaban yang tinggi.



Selain Dr MAZA, Faizal turut mendapat pujian pertubuhan NGO Ikram Malaysia. Melalui kenyataan facebook Ikram For Syria, tindakan Faizal Tahir menyampaikan lagu berjudul Assalamualaikum dengan video latar belakang situasi pelarian Syria.

Ianya amat menyentuh hati orang ramai. Ini komen IKRAM:

"Untuk pengetahuan anda, Faizal telah beberapa kali menyertai misi kemanusiaan ke kem pelarian Syria di Lubnan dan Jordan bersama Aqsa Syarif dan i4Syria (Ikram For Syria).

"Jazakallah khair. Semoga Allah membalas amal anda sebaik-baiknya,"

Tahniah Faizal Tahir
Share on Google Plus

About Unknown

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment