Pada April 1984, majalah Keluarga
telah menyiarkan temubual bersama Toh Puan Tengku Puteri Zainah Binti Tengku
Eskandar, iaitu isteri (kini bekas isteri) Menteri Besar Pahang ketika itu,
Dato' Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak (kini Perdana Menteri Malaysia).
Temubual oleh penulis bernama Hasnifalina itu dilabelkan sebagai "Eksklusif", mungkin kerana Tengku Puteri Zainah jarang atau pun tidak pernah ditemubual oleh pihak media cetak sebelum itu. Walau bagaimanapun, hasil temubual "eksklusif" itu tidaklah begitu menarik pun melainkan hanya tajuknya (seperti tajuk entri ini) yang boleh dikatakan sedikit mencuit hati.

Tengku Puteri Zainah agak segan untuk bergambar bagi disiarkan dalam majalah. "Badan saya gemuk sikit, tak payahlah ambil gambar", kata beliau yang ketika itu baru selesai berpantang selepas melahirkan anak ketiga.
Apabila ditanya tentang bagaimana beliau menghadapi khabar angin yang biasa melanda kerjaya politik suaminya, Tengku Puteri Zainah menjawab, "Khabar angin memang perkara biasa dalam politik, samalah seperti gossip di kalangan artis. Yang penting kita harus dapat membezakan yang mana satu khabar angin dan yang mana satu khabar betul".
Tengku Puteri Zainah juga dikatakan
bergiat dalam beberapa persatuan wanita atau pertubuhan sukarela yang bertujuan
untuk mengeratkan hubungan orang kenamaan (contohnya isteri-isteri wakil
rakyat) dengan rakyat biasa.
Beliau berpendapat, hubungan erat
dengan rakyat adalah perlu kerana "rakyat juga memainkan peranan yang
penting dalam menentukan jatuh bangunnya seseorang menteri itu".
Isteri Najib (2008)
SEJAK beberapa malam dulu dan
kemuncaknya hari ini semua media massa cetak dan eletronik memaparkan kisah
hidup dan perjuangan Najib Razak.
Perjalanan politik Najib dari awal
hingga akhir - sehingga angkat sumpah menjadi PM ke-6 dilakar dan ditulis
demikian rupa. Semuanya menggambarkan kehebatan dan keagungan Najib sebagai
'dewa bangsawan politik.' Bukan saja karektor Najib sebagai seorang pelajar
yang baik, cerdik dan pintar sejak sedari kecil dilukiskan; kegemaran, pakaian,
cara pidato dan telatah Najib di meja makan juga turut sama dilukiskan.
Pendeknya semua tidak terlepas dari
cakupan media massa, masing-masing berlumba untuk menukilkan (glorify) sesuatu
yang indah dan menyeronokkan. Penulis yang mencari makan di hujung pena pula
akan mencatat sesuatu yang merujakan rakyat tentang Najib.
Manakala ahli politik yang
mencari kerusi akan melihat Najib umpama sebutir intan yang bersinar dari semua
dimensi dipandangnya. Semua orang yang hampir dengan Najib diinterviu dan
ditanya mengenai masa silam Najib.
Mengenai sikap Najib dan falsafah
politiknya. Mereka yang berkongsi kereta dengan Najib semasa di London juga
turut sama diinterviu dan cerita itu dipaparkan dengan penuh nostalgik bagi
menggambarkan kerendahan dan ketawadukan diri Najib.
Ibu Najib, Tun Puan Rahah Mohd Noah
juga sudah semestinya ditanya mengenai anaknya yang bertuah itu. Maka
berceritalah Rahah mengenai masa kecil perdana menteri itu.
Bahawa Najib bukan dilahirkan untuk
menjadi perdana menteri, namun Rahah terpaksa akur dengan kehendak dan
ketentuan Allah s.a.w. Dan jawatan yang dijabat oleh anak sulung itu sangat
disyukurinya.
Begitu juga dengan isteri kedua
Najib, Rosmah Mansor pun dipotretkan begitu anggun sekali. Sebagai seorang
isteri yang bekerja kuat dan pemberi semangat kepada Najib.
Seorang isteri yang berpeluh
berpela bersama Najib dalam mengapai kerusi penuh berkuasa itu. Bahkan ada yang
gatal mulut berkata jika bukan kerana kesungguhan Rosmah, Najib tidak mungkin
menjadi perdana menteri!
Ertinya orang yang bekerja kuat
untuk meletakkan Najib di kerusi nombor wahid negara ialah Rosmah Mansor?
Maka wajarlah kalau Najib menyanyangi
Rosmah lebih dari segala-galanya. Dan saya sebagai penulis yang mengikut
perjalanan politik Najib sejak tahun 80-an merasa semacam tidak lengkap apabila
media dan orang bercakap mengenai Najib.
Jom belajar sejarah
Persis ada kekosongan telah berlaku
dalam autobiografi kehidupan Najib itu, apabila perkara ini dialpakan. Apakah
hakikat ini tidak diketahui oleh pengamal media atau pencatat sejarah politik
berusia bawah 30-an ataupun ianya sengaja dilupakan?
Kalau wartawan atau penulis muda
lupa, apakah wartawan dan penulis veteran juga lupa mengenai hal ini?
Apa yang saya maksudkan itu ialah
seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang
bersama Najib membina kehidupan.
Siapakah Puteri Zainah
ini?
Dia adalah wanita pertama yang berada
di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau
gemilau.
Wanita pertama yang menjadi teman
tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib.
Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.
Ke manakah wanita ini
sekarang?
Apakah ia boleh dilupakan bahawa
beliau pernah wujud bersama perdana menteri baru itu? Apakah ianya boleh
dilupakan begitu saja? Bolehkan setiap detik sejarah berlalu dihapuskan oleh
perasaan kebencian?
Tidak.... wanita ini tidak boleh
disunyikan seolah ia tidak pernah hidup bersama Najib. Betapa sejuta kali tidak
suka sejarah ini tetap terpahat dalam benak rakyat.
Betapa pun ada kuasa yang cuba
menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah
wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32,
Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin?
Bolehkah dunia mengenepikan begitu
saja? Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan
buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya.
Dia juga berhak sebenarnya
bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam
pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan
Najib.
Sebelum Rosmah Mansor menjelma
dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie
inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan.
Yang menemani Najib menziarahi
rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang
dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah.
Ku Yielah yang lebih dikenali dan
dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah. Kenapa media melupai Ku Yie
ini?
Rasanya elok kalau media ikut sama
bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk
bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini
menjadi perdana menteri.
Tinjaulah juga pendapat dan
pandangannya. Selaminya juga perasaan hati kecilnya bagaimana setelah lelaki
yang pernah hidup bersamanya dulu kini sudah bergelar sebagai perdana menteri.
Coretlah juga perasaan gembira
Ku Yie atas apa yang berlaku itu. Tidak salah rasanya, bahkan tinjauan itu
melengkap dan menyempurnakan lagi autobiografi Najib.
Ku Yie tentu menyimpan sejuta
cerita mengenai Najib termasuk cerita-cerita misteri yang terlarang untuk
dibukukan.
Elok juga kalau dicungkilkan
bagaimana rumah tangga mereka yang dibina selama lebih 10 itu tiba-tiba runtuh
dan hancur.
Saya menunggu dengan penuh minat
cerita atau komen daripada Ku Yie. Saya mahu tenguk apa yang media tulis dan
korek darinya. Sekiranya dalam tempoh beberapa hari ini tidak ada komen dari Ku
Yie insyaAllah saya akan cuba membuka semula album kehidupan Ku Yie bersama
perdana menteri yang sudah terbungkus dalam sejarah itu yang ada dalam
pengetahuan saya.
Dan sejarah itu penting untuk
dibaca oleh 27 juta rakyat Malaysia mengenali siapakah sebenarnya perdana
menteri mereka dan siapakah juga wanita nombor wahid Malaysia kini. ~
MSO
http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/
Kisah Dari Ku Yie
Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar,
bekas isteri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Najib Tun Razak menangkis
fitnah-fitnah yang menuduh beliau tidak siuman dan uzur untuk menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Menurutnya, fitnah-fitnah tersebut sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej dan memalukan beliau sebagai salah seorang kerabat di-Raja kelantan.
"Tuduhan-tuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata, sedangkan sebagai salah seorang isteri saya telah menjalankan tanggungjawab yang sebaiknya," katanya.
Tengku Puteri Zainah menegaskan beliau tetap bersabar dan berusaha menyelamatkan rumahtangganya daripada menuju keretakan meskipun fitnah-fitnah tersebut sering menghantui fikirannya.
"Bagaimanapun telah ditakdirkan Allah SWT penceraian berlaku juga antara saya dengan Datuk Seri Najib pada bulan April 1987 yang lalu," tambahnya
Menurut Tengku Puteri Zainah, beliau telah diceraikan tanpa pengetahuannya dengan beberapa alasan. Beliau melahirkan rasa sedih beliau kerana setelah menjalinkan hidup berumahtangga selama hampir 10 tahun dan dikurniakan seramai tiga cahayamata, tiba-tiba diceraikan.
Tengku Puteri Zainah juga memberitahu bahawa sebelum penceraian berlaku, beliau serta bekas suaminya tidak pernah bersengketa.
"Apa yang saya sedari selepas dilantik sebagai Menteri Belia Dan Sukan di tahun 1987, Datuk Najib tidak pulang ke rumah selama enam bulan sebaliknya beliau menetap di hotel," jelas Tengku Puteri.
Menurut beliau, Datuk Seri Najib hanya mengunjungi beliau di waktu-waktu tertentu sahaja ketika beliau ditempatkan di rumah milik kerajaan.
Tengku Puteri Zainah diceraikan dengan talak satu kini tinggal bersama dengan tiga anaknya Mohd. Nizar 10 tahun, Puteri Nerlisa 7 tahun dan Mohd. Naziffuddin 4 tahun.
Sementara itu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini minggu lalu, Tengku Puteri Zainah telah berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara untuk baliau dan anak-anaknya dari bekas suaminya itu.

Tengku Puteri Zainah dan anak-anak.
Walaupun mereka cuba menunjukkan kegembiraan di wajah masing-masing, tetapi itu hanya sekadar kegembiraan kerana menyambut kedatangan Hari Raya, bergambar di pagi Hari Raya Puasa 1987
Pada malam menjelang Hari Raya itu Najib dan Rosmah pergi 'honeymoon'(berbulan madu) di Eropah.
Kali pertama Nizar, puteri Norlisa dan Naziffuddin berhari raya tanpa bapa mereka. Hari ini mereka hidup menderita tanpa kasih sayang dan kemanjaan seorang ayah, mengikut cerita Tengku Puteri sampai hari ini masalah mu'taah mereka masih belum dibereskan oleh Majlis Agama Islam.
kisah ini ditulis pada 24 September 2011
by S.H.ALATTAS http://wargamarhaen.blogspot.com/

Blogger Comment
Facebook Comment