Heroin Teman Lelaki Upahan Telah Berkahwin?



Anda kenal dengan Siti Elizad? Pasti ada yang kenal dan ada yang tidak kenal bukan. Anda kenal dengan Kyra Lyda watak utama dalam cerita Teman Lelaki Upahan? Beliau lah yang dimaksudkan tersebut. Alhamdulillah sebenarnya heroin dan pelakon berbakat ini telah pun bernikah Januari yang lalu secara tertutup. Jadi admin kongsikan sah Heroin Teman Lelaki Upahan Sudah Bernikah dalam berita yang di bawakan oleh Metro Online di bawah.


Kuala Lumpur: “Saya minta maaf terpaksa merahsiakan pernikahan itu demi memenuhi permintaan keluarga,” akui pelakon Siti Elizad Mohd Sharifudin mengesahkan ura-ura mengatakan dia sudah bernikah dengan teman lelakinya secara rahsia pada awal tahun ini.

Siti Elizad, 31, berkata, dia terpaksa membelakangkan peminat dan media daripada majlis yang berlangsung pada tanggal 11 Januari lalu itu atas permintaan bapanya.

“Saya mengaku memang sudah bernikah dengan Shamsul pada tarikh itu tetapi majlis kami berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat saja.

“Saya terpaksa diamkan diri selama hampir tiga bulan sebab bapa minta jangan dikecoh-kecohkan kerana dia kurang sihat. Ketika itu, kami hanya buat perkara yang wajib saja,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Siti Elizad, pernikahan dengan duda anak dua yang bertugas di syarikat permotoran, Shamsul Baharin Rahman, 43, berlangsung pada 4 petang , 11 Januari di Masjid Wilayah Persekutuan di sini secara tertutup.

Desas-desus mengatakan pelakon filem Berlari Ke Langit itu sudah bernikah secara rahsia akhirnya terbongkar apabila Siti Elizad akhirnya terpaksa mengakui kepada Harian Metro mengenai kesahihan dakwaan terbabit.

Media sebelum ini melaporkan kononnya pasangan itu bakal bernikah pada sebelah siang 11 April ini manakala majlis resepsi diadakan pada malam yang sama.

Bagaimanapun, dalam kenyataan sebelum ini Siti Elizad berkata tiada undangan media untuk majlis pernikahan bagi menghormati privasi keluarga.

Sebaliknya, media diundang untuk membuat liputan pada majlis resepsi saja.

Difahamkan, pelakon itu merancang untuk mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lalu namun ia tertangguh sebanyak dua kali atas sebab tertentu.

Siti Elizad berkata, pada hakikatnya dia hanya bersedia untuk mendedahkan tarikh pernikahannya kepada umum pada majlis resepsi kelak.

“Kalau diikutkan saya rancang untuk buka cerita sebenar pada 11 April nanti. Tapi tak sangka pula perkara ini sudah terbocor.

“Jadi saya terpaksa dengan berat hatinya mengakui saya sudah bernikah. Saya minta maaf sekali lagi kerana merahsiakan hal ini daripada semua,” katanya yang popular dengan drama bersiri Teman Lelaki Upahan di TV3

Kita sama-sama doakan beliau bahagia hingga ke akhir hayat.
Share on Google Plus

About bradokapak

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment