Sah !!! A Samad Said Sertai DAP !

Sah !!! A Samad Said Sertai DAP !

Terkini, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, 83, telah disahkan menyertai parti DAP. Beliau memutuskan penyertaannya bersama DAP setelah memikirkannya beberapa tahun yang lalu.

"Apa guna tulisan sahaja (perjuangan menerusi puisi), lebih baik sertai parti politik," katanya.

Beliau membuat pengumuman itu pada majlis penyerahan kunci rumah kekal kepada mangsa banjir di Kampung Pasir Tumboh di sini.

Dalam pada itu bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang sekali lagi menegaskan tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 baru-baru ini, sebagai telah 'membunuh' Pakatan Pembangkang.

"Apa kedudukan kita (dalam Pakatan), (kena) lihat (perkembangan selanjutnya)," katanya.

Bagaimanapun, PAS setakat ini menegaskan usul menamatkan hubungan dengan DAP itu masih dikaji oleh Majlis Syura Ulama parti itu.

Di SHAH ALAM, Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi mencadangkan agar satu pakatan baharu diwujudkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat (PR) ketika ini yang dilihat tidak mempunyai struktur yang mantap.

Beliau berkata ini kerana PR ketika ini dilihat seolah-olah sudah terbubar apabila PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP, dua parti gabungan dalam PR.

"Pakatan Rakyat ketika ini tidak boleh diselamatkan dan pada pandangan Pasma, ia telahpun terbubar.

"Justeru, Pasma mencadangkan agar satu pakatan baharu diwujudkan dengan suatu persetujuan yang lebih mantap membaiki pakatan lepas yang tidak mempunyai struktur, tetapi sekadar satu persefahaman," katanya dalam satu sidang akhbar.

Tambah Beliau lagi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke- 14 PKR, DAP perlu mempunyai struktur kepimpinan yang mantap bagi menggantikan PAS dalam usaha menghadapi  Pilihan Raya Umum ke-14.

Sumber: BERNAMA


LAGI GAMBAR...





Share on Google Plus

About Unknown

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment