Dua Rakyat Malaysia Diculik


Dua Rakyat Malaysia Diculik

Dua orang rakyat Malaysia, seorang lelaki dan seorang wanita diculik oleh sekurang-kurangnya tiga orang penjenayah lengkap bersenjata-api di sebuah restoren yang terletak ditepi pantai di Jalan Sapi, Sandakan sebentar tadi.

Kejadian dipercayai berlaku lebih kurang jam 8 malam tadi apabila tiga orang penculik yang tidak dikenali yang bersenjatakan dua laras M16 dan sepucuk pistol memasuki restoran tersebut dan menculik kedua mangsa.

Mangsa-mangsa culik dikenalpasti sebagai Thien Nyuk Fun (wanita), pemilik restoren berkenaan yang berusia dan 49-tahun Bernard Then Ted Fen (lelaki) yang dipercayai rakan kepada pemilik restoren berkenaan.



Kementerian Dalam Negeri semalam mengesahkan dua rakyat Malaysia yang diculik pada Jun dan Julai lepas di Sabah, dilakukan kumpulan sama dari Filipina. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kedua-dua individu tersebut masih lagi selamat dan pihaknya sentiasa berkomunikasi setiap hari dengan ‘pihak tertentu’ dalam usaha mencari jalan terbaik membebaskan mereka.

“Kumpulan tersebut telah menghubungi kita setiap hari dan memaklumkan tahanan selamat dan selesa, itu yang kita tahu. “Rakyat kita ditahan orang yang sama…dan seorang daripada penjenayah daripada dua yang mati ditembak di Sabah (Penampang) baru-baru ini, adalah kumpulan sama yang menangkap tahanan kita,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Anggota polis marin, Konstabel Zakia Aliep, 26, dilarikan sekumpulan lapan lelaki bersenjata berat yang melakukan serang hendap terhadap Pasukan Polis Marin di Pulau Mabul, Semporna 12 Julai lepas. Kejadian jam 11.10 malam itu mengorbankan rakan sepasukannya Koperal Ab Rajah Jamuan, 32.

Dilapor penculik meminta wang tebusan RM10 juta untuk membebaskan konstabel tersebut. Seorang lagi pengusaha ternakan ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun, 32, diculik di Kunak, Sabah, pada 16 Jun lepas oleh sekumpulan lelaki bersenjata api yang menyerbu rumah atas air yang didiami Chan sebelum melarikannya dengan sebuah bot laju menghala ke perairan antarabangsa. Dilapor, kumpulan penculik didakwa menuntut RM3 juta sebagai syarat pembebasan Chan.

Penjenayah kemudiannya dipercayai telah melarikan diri bersama mangsa culik dengan menaiki sebuah bot.

Difahamkan pihak ESSCOM telah dimaklumkan akan perkara ini dan arahan semua aset-aset di laut diletakkan dalam keadaan bersiap sedia disamping mengetatkan kawalan perairan di semua daerah telah dikeluarkan. -BERNAMA


Share on Google Plus

About bradokapak

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment