INILAH MESEJ TERSEMBUNYI SEDUTAN FILEM 3 ABDUL ARAHAN P RAMLEE YANG KITA TIDAK KETAHUI


Ramai mengetahui kisah Tiga Abdul. Kisah Abdul Wahab. Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa kisah Tiga Abdul (diterbitkan pada 1964) adalah kritikan sosial dan politik terhadap Perdana Menter Malaysia pada ketika itu iaitu Tengku Abdul Rahman (hence Abdul Wahab) dan Timbalannya Tun Abdul Razak (Hence Abdul Wahib).

Cuba pula kita lihat 3 Abdul...tuan penasihat ada macam macam-macam. Tapi kalau silap pilih, penasihat yang paling bijak pun boleh jadi macam sangkar perangkap monyet. Silap haribulan perangkap makan tuan . Tuan penasihat memang dah tetapkan 25% dalam tiap urusan. Modal dia, bagi idea saja, air liur saja. Begitulah sekarang, tiap urusan memang dah ada '25%' itu untuk orang tengah.

"Kalau marah nanti kena jual". Itulah syarat utama dalam perjanjian 3 Abdul dengan Saddiq Sigaraga. Apa maksud P.Ramlee itu. Apa kena-mengena dengan orang marah.

Orang marah ialah orang yang gagal mengawal emosi mereka. Orang marah telah ditiupkan dengan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahan nya akan terserlah. Hanya orang bijak saja dapat memanipulasi kelemahan ini. Setengah orang, bila melihat orang marah,dia jadi takut atau cuba menenangkan orang itu. Tapi manipulator akan ambil kesempatan sebab orang tengah marah lah paling senang kena provok. Orang marah lah akan buat tindakan bodoh, cakap yang tak senonoh dan senang lah manipulator masukan dia dalam perangkap monyet dan jual dekat restoran eksotik. Dalam 3 Abdul, jadi hamba lelongan.

Ini banyak jadi dalam politik. Ada seorang yang bertaraf menteri, yang dulu tugasnya mengawal kegiatan kongsi gelap kelas pertama, sebab marah fasal isu ketuk ketampi dan tersalah cakap pasal pelancong negeri Hang Li Po terus kena tukar mengawal kegiatan samseng di sekolah. Jauh sangat turun nya.

P.Ramlee telah beritahu fasal pentingnya Emotional Quotent dulu lagi. Walaupun istilah EQ belum lagi ada masa itu. Hingga untuk perkara baik pun mesti dijaga EQ itu. Lihat semasa 2 Abdul itu ditemukan dengan isteri masing-masing, Abdul Wahib menyergah, supaya mereka mengawal perasaan dan perlakuan.

Alibaba bujang lapuk, penyamun boleh bawa berpakat, tak ada masalah, asalkan pandai. Boleh buat-buat macam kena rompak, lepas itu claim insurance. Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan. Samalah macam sekarang, ada macam-macam persatuan dan institusi yang menyamun duit rakyat. Ada macam-macam projek yang kononnya menjaga kepentingan rakyat, tapi sebenarnya nak diagih-agihkan peruntukan kerajaan itu sesama mereka.
"kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan"
Banyak yang tersirat dalam dialog filem itu sebenarnya.

P.Ramlee dah bagitahu penyakit-penyakit orang Melayu lama dulu. Sekali lagi, kita buat silap,tak pandai nak ambil iktibar yang disampaikan P.Ramlee 40 tahun dulu dan selama 40 tahun itu lah kita hanya pandai gelak bila lihat komedi sinis P.Ramlee di TV tapi tak pandai menilai.

P.Ramlee memang genius, belum ada lagi filem Melayu sekarang ini yang dapat mengetengahkan isu isu orang Melayu secara sinis dalam panggung wayang...atas layar perak. Sebagai orang seni, P.Ramlee cukup sensitif dengan masalah masyarakat Melayu masa itu. Kehebatan beliau terletak pada bagaimana beliau menceritakan kisah Melayu dengan analogi yang halus sekali. P.Ramlee menggunakan adab Melayu yang suka beralas bila bercakap, tapi menerusi medium filem. Filemnya sarat dengan mesej.

Inilah antara Quotable quota oleh P ramlee dalam kisah ini:
“kita bahagi harta ini secara demokrasi…. Kanda serahkan semua harta kepada adinda. Inilah demokrasi.”
“Demokrasi apa?”
“Demokir 20%”
Ghasidah” hey di sana, di sini datang dekat sini, bukan di sini tergila-gilakan dengan di sana. Di sini datang dekat sini, pasal di sini nak kasi tau, yang abang-abang di sana tu nak kena jual”
Abdul Wahub: ” Ini berita gembira. hey di sana. Bapak di sana tu penyamun. Abang-abang di sini tu penyangak. dah kena dah penyamun jual si penyangak.. apa salahnya (gelak)
Akhirnya mereka dijual sebagaimana negara juga di jual…. semua kerana komisen 20% 25%
Sekarang anda akan lihat filem ini berbeza. KREDIT ISWARDY MORNIasi terpimpin…”
” Demokrasi terpimpin kepala hotak kau!”
Tuan penasihat “Sebelum mereka kawin kita mesti buat satu syarat (bisik)…”
Sadiq segara “bagus. memang saudara seorang yang bijak. Kalau perkara ini berhasil, tuan akan mendapat
Share on Google Plus

About soyacincau

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment