Mereka Hendak Main-Mainkan Hukum Allah Ke Apa? | Sedih sungguh mengenang perilaku dan sikap yang ditonjolkan segelintir pemuda hingga sanggup menconteng arang terhadap bangsa dan yang paling utama tuntutan agama Islam sendiri.
Entah otak letak di mana, apatah lagi kewarasan akal fikiran.Perilaku orang sedang bersolat sememangnya perkara biasa. Tambahan pula ia adalah kewajipan bagi penganut yang beragama Islam.
Namun, gambar sebahagian lelaki yang sedang solat berjemaah ini benar-benar menguji kesabaran kepada masyarakat Islam terutamanya.
Mana tidaknya, mereka seakan-akan mempermainkan tuntutan seterusnya hukum-hakam agama Islam sendiri.
Ada yang tidak menutup aurat, bercakap menerusi telefon bimbit dan yang paling sadis ada pula yang selamba menghisap rokok ketika bersolat.
Rasanya tiada mazhab ajaran agama Islam yang membenarkan perilaku solat seumpama ini.
‘Sudah terang lagi bersuluh’, jelas kelihatan yang pemuda-pemuda ini sememangnya mempunyai niat untuk mempermain-mainkan hukum Allah.
Jika benarlah dakwaan yang tersebar ini, sepatutnya pihak berkuasa dan Jabatan Agama Islam harus tegas dalam mengambil tindakan terhadap mereka.
Hal seumpama ini, bukan sahaja boleh mencemarkan kesucian agama Islam malah ianya memalukan ajaran agama Islam sendiri menerusi kaca mata ajaran agama lain.
Sumber : mynewshub.cc
Blogger Comment
Facebook Comment