Dato Sri Najib Dijangkiti Virus E.Coli Dan Perlu Berehat | Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak hari ini telah disahkan tidak sihat dan dinasihatakn oleh doktor supaya berehat selepas dijangkiti virus E.Coli.
E.coli merupakan singkatan dari Escherichia coli yang yang dirujuk kepada sekelompok bakteri yang biasanya ditemui dalam makanan dan air. Kebanyakan dari bakteria ini tidak berbahaya, tetapi boleh menjadi punca kepada beberapa jenis penyakit kerana ia melepaskan racun yang dinamakan Shiga sehingga membuat seseorang pesakit mengalami kekejangan pada bahagian abdomen, muntah, keletihan dan dihidrasi kerana kehilangan air dalam badan.
Virus ini dipercayai dijangkiti ketika Najib mengadakan lawatan ke kawasan terjejas banjir baru-baru ini. Perkara ini telah disahkan menerusi akaun Twitter rasmi pejabat Perdana Menteri tengahhari tadi.
Sementara itu, Najib dalam akaun Twitter peribadinya memberitahu, akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah. Kita doakan moga pemimpin negara kita segera sihat dan pulih seperti biasa. sumber -Siakapkeli.com.my
Blogger Comment
Facebook Comment