Najis Tikus Bertaburan Kilang Bebola Ikan di George Town Diarah Tutup

Najis Tikus Bertaburan Kilang Bebola Ikan di George Town Diarah Tutup |  Sebuah kilang bebola ikan di Jalan Paya Terubong di sini diarah tutup kerana berpoperasi dalam keadaan kotor.

Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut berkata dalam operasi yang dijalankan Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mendapati bebola yang siap dipek diletak di atas lantai di samping pekerja menggaul isi ikan tanpa memakai sarung tangan.

"Terdapat juga najis tikus bertaburan di dalam stor penyimpanan barang selain lalat didapati menghurung kek ikan yang sedang dikeringkan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata premis itu diarah tutup selama 14 hari dan pemilik perlu melakukan kerja pembersihan.

MPPP turut mengeluarkan enam saman bernilai RM750 terhadap pengusahanya atas pelbagai kesalahan antaranya menyalur minyak masak terpakai ke dalam parit dan pengurusan sisa tidak sempurna.

Share on Google Plus

About bradokapak

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment