Kisah Seorang Suami Mithali Ini Kongsi Kisah Berani Berseorangan Jadi Bidan ‘Water Birth’ Untuk Isteri
Jangankan nak tengok orang bersalin, lihat darah pun mungkin buat kami rasa nak pitam. Maka, kami pun nak bagi salute dekat brother ni sebab memang berani nak jadi bidan buat isterinya sendiri.
Lebih menakjubkan lagi, menerusi laman facebooknya, Kamel Azwad Abdullah ini berkongsi bagaimana dia menyambut anaknya itu seorang diri, tanpa bantuan ubat-ubatan dengan menggunakan kaedah kelahiran dalam air. Fuh!
“I am a REALLY proud daddy to my newborn princess, Khayla and a proud husband to my wife, Eistisha! ”
Lahirnya Khayla kat dunia ni bagi aku special sgt. Allah bagi peluang kat aku utk sambut sendiri anak aku, ALONE tanpa tiub2 pelik, dadah2 pelik & memacam lg la yg aku sendiri pun xtau nama2 brg kt hospital tu. Yg ada dgn aku waktu tu pool pinjam, gopro, videocam yg aku menang hadiah 5 taun lepas, surah Maryam yg dok repeat2 kat desktop aku, bau essential oil yg dok mewangi dlm bilik, kurma, air zam-zam & wife aku yg tgh dok layan contraction.
12am, wife aku yg tgh sakit tu suruh aku siapkan pool. Beriya la aku dok angkut air berpeluh2 sorang2 penuhkan pool. Bibik dah kelaut tido. Dadan pulak dok kacau2. Last2 aku rasuah dia dgn paddlepop anta gi umah mak mertua aku. Setel satu cabaran.
Aku sampi rumah je contraction wife aku dah makin kuat sikit. Aku pun acah2 cool ingatkan dia utk breathing & zikir. Walaupun kena marah dua tiga kali, tp cam biasa, aku wat dono je sambil fikir position camera aku betul ke tak. Dlm kepala aku yg penting ape yg jadi malam ni must be recorded! Membe wife aku, Zam yg jugak merangkap coach kitorang whatsapp utk assist aku on what to do, what to prepare, what to expect. (Million thanks Zam, we owe u big time!)
2am, wife aku start masuk pool. Tp dia marah aku lagi sbb air sejuk. Haha aku pun iyeee kan je sambil acah2 offer nak isi air panas, tp dia taknak. Selamat tenaga aku. Dia masuk jugak pool. Around 30mins dlm pool, dtg lagi contraction kuat. Ngaaaaaaaaaaaaa aku termenung tgk darah dah start keluar. Tp mcm biasa, aku buat cool je. Aku pun masuk sekali dlm pool nak tenangkan dia. Aku suruh dia zikir, bernafas and relax je sambil lyn contraction. Memang aku hero gile la waktu tu. Heheh few times dia hampir nak pitam, aku terus pegang muka dia suruh tenang, kuatkan diri and breathing. Dlm hati aku waktu tu Allah je tau, lagi2 bila mata dia dah nampk putih je semua.
4am, boleh pulak tetibe aku perasan vcam aku dah salah placing. Pool tu tak berapa nak masuk frame. Waktu dok pikir cemane nak bagi pool tu masuk frame camera, tetibe wife aku jerit sakit. This time extraordinary punya contraction. Aku pikir kalo aku bangun gi betulkan vcam aku, mmg konfem kena maki ni. Ah lantakla vcam tu. Aku pun tawakal je la. Aku pegang wife aku and sway sekali dgn dia. Dan2 tu pulak dia ubah position and terus mencangkung pastu meraung sakit. Kali ni contraction tu mmg xnak kalah. Waktu tu aku dah terbayang muka mak aku, dosa2 aku kat mak aku. Shit! This time aku cuak sikit. Aku sendiri zikir byk2 and tetiba air mata jantan aku menitik. Aku hug wife aku. Time tu mmg rasa nak jadi suami mithali seumur hidup. Wife aku dah lemah sgt dh waktu tu. Aku pujuk dia slow2, convincekan dia that baby will come out in few minutes.
Tgh dok gosok blakang dia, tiba2 dia jerit kuat. Aku perasan air dlm pool slowly jd merah. Aku pun usya2 la, when suddenly aku perasan ada benda bulat berambut lebat. Allahuakbar tak boleh tahan dah air mata aku. And yes it was Khayla! We are almost there syg. Dari rambut dia, slowly aku nampak dahi dia, then slowly mata dia, & goes to hidung dia. Aku terus pergi belakang wife aku utk standby sambut. Tak sempat aku nak betulkan position aku, PLUPPPPPPP keluar baby seketul landing atas tgn aku!
4.16am, satu lagi amanah yg Allah dah bagi kat aku utk jaga betul2. Aku pass Khayla terus kat mummy dia utk skin to skin and breastfeed. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kitorang. Allah kuatkan badan wife aku utk lahirkan Khayla secara natural. Berbekalkan kurma dgn air zam2, wife aku dgn selambanya bersalin anak kedua kitorang without any complication. Alhamdulillah sgt2!
Some people said “ko jgn wat gile wek”, “better consult dgn family dulu wek”, “better hantar pergi hospital” etc. Yes i accept those advices. Thank you
This is totally not about taking risk, or carik pasal. Bukan tak nak beranak kat hospital, but previous experience beranak kat hospital was such a painful experience for both of us. Some more, doing waterbirth taught us alot on practicing sunnah especially on food taking, (my wife didnt consume foods that contain msg, junkies, softdrinks at all, aku je la yg curik2 beli nescafe tin bila drive, tu pun kantoi dgn wife aku) and others.
The most important thing, we successfully leave everything to Allah. To me, Maryam ibu Nabi Isa pun tak ambil epidural waktu bersalin. And yes, org akan ckp Maryam tu selected woman, and itu mukjizat Nabi Isa. But thats not the point. The point is, ibu Maryam pun manusia biasa. So why cant we?
Other than that, spending our time together alone while ONLY me watching my wife suffering is the most precious moment in my life, besides me getting kantoi 2x during my akad nikah punya lafaz. Hehehe
Blogger Comment
Facebook Comment