Pengarah Urusan Perjelaskan Punca Sebenar Majalah APO dan UJANG Terkubur Akhirnya Terjawab ! GST dan Nilai Ringgit Jatuh Antara Puncanya !
Ditulis Oleh Sireh Cartoonist via Facebook
Salam...
Dengan perkembangan baru hari ini... ramai yg bertanya melalui inbox dan komen2... Inilah kisah yg ingin saya kongsikan...
Alhamdulillah ... berkesempatan bertemu sahabat2 dan karyawan2 di MOY publication siang tadi... masing2 masih mampu berjenaka dan redha dengan ketentuannya... semoga semuanya bakal sukses dan berjaya dengan halatuju masing-masing selepas ini... Insya Allah.
Saya sempat berdiskusi dgn Pengarah Urusan, Mr.Boy (Tuan Yusof Huzairy)... cuba bertanya sebab2 keputusan drastik tersebut... dengan berat hati beliau menyatakan dengan trend yang ada sekarang, kos operasi yg besar tidak mampu menampung penerbitan majalah secara fizikal untuk jangkamasa yang lama... dengan nilai RM yg semakin jatuh, kos kertas yg melambung, GST dan trend pembacaan terkini yg lebih ke arah online, dunia penerbitan majalah secara konservatif sedang mengalami kemuncupan.
Walaubagaimanapun beliau sedang mengusahakan satu rangka perancangan melalui Bekazon (laman web online) utk peminat2 kartun2 Majalah APO? dan Ujang utk terus menikmati karya2 mereka secara online selagi permintaan menggalakkan. Ruang ini bakal dibuka bukan sahaja kepada pengkarya2 yg sedia ada... tetapi juga kpd yg baru dan berpotensi.
Sejumlah pampasan (Rm1.7juta) juga sudah diperuntukkan sbg saguhati kpd staf2 yg tidak bernasib baik. Kepada pengkarya2 yg masih berminat utk berkolaborasi dgn projek Bekazon beliau sangat dialu2kan. Namun begitu keputusan adalah ditangan individu2 pengkarya itu sendiri. Segala2nya akan ada proses perbincangan agar tiada pihak yg teraniaya.
Buat masa terdekat ini, saya bakal berehat dari berkarya secara serius buat sementara... (Mungkin sudah penat sikit... harap2 dapatlah fokus sedikit buat kajian tentang trend penerbitan terkini.) Amatlah besar harapan saya agar diberi kemaafan jika sepanjang saya berkarya di Majalah Apo? dan Ujang, ada bahasa yg terkasar, hati yang tersentuh, jenaka yg kurang bagus dan kesalahan2 lain yg saya tidak sedari. Semoga pengalaman yg manis dikongsi bersama, yg pahit kita renungkan sebagai pengajaran.
Diharapkan sepanjang 17 tahun berkarya di Majalah APO?... sedikit sebanyak ada sumbangan kami sedikit bagi memeriahkan dunia industri dunia komik tempatan.
InsyaAllah... Ini mungkin sementara... jika ada rezeki berkarya dikesempatan lain... saya akan umumkan buat semua... bertemu lagi kita ya...
Terima Kasih...
Wasallam...
Adios Pronto...
Blogger Comment
Facebook Comment