Memang tahun ini kita menerima kejutan budaya orang berpelajaran memberikan komen macam orang takde belajar agaknya . Kalau komentar tegar kata , ni mesti geng-geng ahmad maslan .
Apa sebenarnya yang dikatakan ustazah ni eh ? mari kita tengok sapa yg kena !
Gara-gara ulasan seorang Ustazah dalam rancangan Fiqh Wanita di TV3 yang membincangkan mengenai kebaikan dan khasiat susu ibu kepada bayi, ramai ibu-ibu berang kerana kata-kata yang dikeluarkan oleh Ustazah membelakangi ilmu sains yang sebenar mengenai susu lembu.
"Kalau kita bagi susu lembu, maka DNA lembu akan masuk ke dalam bayi. Jadi ia akan mempengaruhi akhlak bayi. Mungkin bayi akan membesar menjadi orang yang pemarah sebab lembu ini cepat marah." katanya dalam 3 screenshot rancangan itu yang tesebar.
Berikut respon pengguna media sosial yang rata-ratanya daripada para ibu:
Cikgu Al Mumin Al Kanta: "DNA hanya boleh bercampur melalui persenyawaan, kejuruteraan genetik atau serangan virus. Rasanya itu saja, setakat ilmu yg aku adalah...
Mushaibah Fauzi : "Kalau bg anak minum susu kambing jd busuk mcm kambing ke cane ustazah..sbb tadi ustazah kata bg minum susu lembu jd pemarah mcm lembu. Ustazah minum susu apa ea dulu?"
Nor Umie Shamsul : "Lepastu ape bende merepek kalo susukan ank gune susu formula anak jd pemarah mcm lembu?bile pulak lembu pemarah?? kerbau yg pemarah.. Y org tak mampu nak susukan anak tu mcmne?? Altenatif terbaik bagi orang susukan anak. kite lebih baik dari bagi susu formula?? apebende ustazah ni?? nak ikut masa zaman nabi ibu susuannya halimatul saadiah... Tu zaman nabi.. Nabi soh berdakwah ikut zaman.. Cakap pakai otak sikit.. Jg hati ibu2 yg tak mampu susukan ank.. Ibu mana yg taknak susukan anak sndri???
HasRien MamaNaaila : "Aku betoi xpuas hati bila dia kata bila susukan anak dgn susu lembu akan dpt DNA lembu dan akan jadik pemarah mcm lembu. Sbb lembu tu kan pemarah.... weeeeiiii ostajah..... ko kena ingat walaupun sume saluran ssu ibu adalah kecik dan sama Allah kurniakan...tp ko kena sedaq...yg rezeki manusia allah bg xsama... aku mmg xpuaih hati bab ni... mintak ko jelaskan jap...."
Bella Tc : sakit hati dengaq cara ustazah tu cakap,seakan mghina kmi yg xdpt bg susu ibu utk anak..kmi.dah berusaha tp nk wt mcm mna..sedap mlut dia ja ckp ank nt jd pemarah mcm lembu..bodo punya ustzah..ckp xberlapik langsung..meluat aku..skit hati !!!!!
So , selama ni kita anak lembu lah sebab minum susu lembu ? Cam tu .. hahaha !
Blogger Comment
Facebook Comment