Pengarah Operasi Khas SPRM Dipindahkan Jabatan Ke JPM , oh man ! Main Kasar Semua Orang Nak Dicantas ! Pedih .


Panas ! Pegawai operasi khas SPRM dilaporkan dipindahkan kementerian iaitu Jabatan Perdana Menteri .. Dilaporkan oleh awani . Baca berita penuh :

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin merupakan salah seorang daripada dua pegawai kanan SPRM yang dipindahkan keluar daripada mengendalikan kes berprofil tinggi.
Sumber memberitahu Astro AWANI, mereka dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuatkuasa hari ini.
Bahri, antara individu penting dalam siasatan terhadap akaun syarikat SRC International Sdn Bhd, sebuah entiti yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Seorang lagi yang dipindahkan adalah Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rozaid Yaakob.
Difahamkan kedua-dua mereka sudahpun melaporkan diri di JPM petang tadi setelah mendapat surat pertukaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Tambah sumber lagi, surat daripada JPA itu memaklumkan bahawa kedua-dua mereka dikenakan tindakan tatatertib dan dipindahkan.
Sementara itu memetik laporan portal Malaysiakini yang menghubunginya berkata, Bahri enggan mengulas lanjut perkara itu.
"Saya tak hendak komen banyak, nanti (dipindahkan) entah ke mana pula," katanya. 
Bahri sebelum ini lantang menyuarakan kemusykilannya berhubung siri penahanan pegawai kanannya sejak minggu lalu.
Malaysiakini yang menghubungi Bahri pada Rabu turut melaporkan, Bahri bersumpah dengan nama Allah untuk memburu dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu sampai ke lubang cacing.
Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana."Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya.

Share on Google Plus

About soyacincau

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment