3 DARIPADA AKAUN YANG DIBEKU MILIK NAJIB , KIT SIANG KATA PENGASAS AMBANK DITEMBAK BUNUH ADA KAITAN KES DIBUKA SEMULA


Nampaknya makin dicari , semakin menjadi . Hanya Allah yang tahu . Semoga kita dilindungiNya .

Terbaru , Tiga daripada enam akaun yang dibekukan adalah milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, lapor The Malaysian Insider.Dua daripada akaun tersebut ialah daripada AmBank dan Affin Bank, kata sumber yang dipetik oleh portal tersebut . 

Pasukan petugas pelbagai agensi yang menyiasat dakwaan penyaluran dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebut bahawaenam akaun berkaitan telah dibekukan.Akaun berkenaan dibekukan susulan laporan oleh Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa sejumlah RM2.6 bilion dana 1MDB telah disalurkan ke akaun peribadi Najib.


Kenyataan bersama itu ditandatangani Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Dan kini Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussein Ahmad Najadi yang ditembak mati di Bukit Bintang pada Julai 2013.

"Pihak polis seharusnya menyiasat sama ada betul atau tidak bahawa pada Mac 2013, Hussein telah dilaporkan ke Bank Negara mengenai sejumlah besar wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan kemudiannya mengenai sejumlah besar wang yang dikeluarkan dari bank-bank tersebut; dan Hussein telah membuat laporan polis tentang perkara itu pada 28 Julai 2013 apabila tiada sebarang tindakan daripada Bank Negara," dakwa Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.


Dan sempat juga admin membaca ruangan komen yang diberikan di laman facebook berkiatan plot kes tembak mati pengasas Ambank .


Share on Google Plus

About soyacincau

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment