Kesedaran harus wujud dalam kalangan pemuda dan pemudi di Malaysia khususnya melayu . Kerana apa , ini tanah adat kita . Kita wajib pertaphankan kedaulatannya untuk siapa ? Pewaris , anak cucu dan generasi akan datang .
Namun jika dilihat sekarang ekonomi niaga kita dimonopoli oleh orang cina , bukan sebab mereka guna ilmu hitam atau apa, tapi cara mereka berniaga . Nah , admin kongsikan kenapa melayu sampai kiamat pun akan jadi hamba cina . Bukan racist tapi inilah sudut yang harus dinilai baik oleh semua anak melayu..
1.Ini jawapan kepada soalan di atas. Melayu jadi hamba kerana tiada sifat ketuanan Melayu. Dalam kertas Perlembagaan memang ada, kat pejabat UMNO pun ada tulis besar- besar perkataan "ketuanan melayu" tapi sifat "tuan" itu tiada dalam hati kita.
3.Kalau beginilah cara kita berfikir,cipta peluang pekerjaan banyak mana pun takkan bantu kita. Kerajaan tak boleh tolong kita dalam perkara ini. Najib dan Tun M memang bersalah dalam banyak perkara, tapi ini bukan salah satu dari salah mereka. Bina Lebuhraya Plus Timur Barat , Darat Udara banyak mana pun tak akan tolong ekonomi orang Melayu kalau kerja orang kita hanya jaga tol, dan tokei besarnya bangsa lain.
4. Ini bukan soal siapa lebih kuat bekerja. Kami pasti, Melayu bukan malas bekerja semuanya, malah ada di antara kita yang lebih kuat bekerja dari Cina tetapi masih tak cukup- cukup duit untuk makan. Kita kerja kuat mana pun, kita hanya bekerja untuk orang. Kita yang gah menyambut Maulud Nabi, yang sayangkan Nabi "lebih" dari sahabat Nabi sendiri ( sahabat Nabi tak sambut Maulud) lupa apa yang Nabi pernah pesan. 9/10 rezeki datang dari perniagaan.
5. Seorang lelaki cina tua tuan kedai basikal buruk sebenarnya lagi baik daripada lelaki Melayu pegawai kerajaan Jusa C yang gajinya berpuluh ribu. Tun M bersetuju dengan kenyataan kami.
6. Bukan salah Melayu sebenarnya masalah kita ini. Amboi, sikit-sikit nak salahkan kaum sendiri , hina sangatkah Melayu ini, bodoh sangatkah sampai semua yang dibuat tak betul. TIDAK.
Masalah ini berlaku kerana kita hidup berbagai kaum, kalau Malaysia ini Melayu sahaja yang tinggal, tak jadi macam ini, kita semua akan mempunyai tahap kemalasan yang sama. Semuanya akan sama-sama mundur dan kita tidak terasa pun kita ini mundur. Semuanya pakat-pakat syok sendiri, dan berpuas hati dengan apa yang ada .Kejadian ini berlaku pada Muslim-Muslim di Tanah Arab , sebab itulah Timur Tengah tak membangun. Lihat keadaan di Jordan , Mesir dan lain-lain. Itulah gambarannya kalau tiada Cina di Tanah Melayu.
7. Jadi wahai bangsaku, jelas kami nyatakan di sini, Melayu tak salah, cuma cina yang bijak berniaga. Bangsa kedua paling malas di dunia (No 1 pastilah Arab),ditempatkan duduk dengan bangsa paling bijak berniaga di dunia.Inilah eksperimen palingkejam yang dibuat oleh penjajah British.
8. Bukan salah Cina pula masalah ini. Cina bukan niat secara lansung memang nak jajah tanah ini, mereka bukan sejahat itu ,tapi itu memang perangai mereka di mana pun mereka jejak, mereka akan berniaga , dan akhirnya mereka akan miliki tempat itu. sebab itu setiap negara di dunia akan ada China Town. Itulah tanda kekuasaan ekonomi bangsa Cina. Syabaslah pada mereka. Ini perangai mereka yang patut kita puji dan tiru.
9. Bangsa Melayu bukan satu-satunya bangsa yang merasakan survival kita terancam dengan kebijaksanaan Cina berniaga , Samseng Bajingan Dewataraya Dunia, Amerika Syarikat, melalui calon Presiden Donald Trump sudah mula melahirkan kebimbangan pada negara China yang dikatakan bijak menjalankan perjanjian bisnes sampai menindas negara gergasi dunia itu sendiri. Mereka merendahkan matawang mereka supaya barang mereka dibeli USA. Macam-macam lagi taktik mereka yang licik dan bijak dalam perjanjian bisnes dengan USA. Ikuti kempen Donald Trump kalau nak tahu lebih.
10. Di Malaysia, zaman sebelum merdeka, kita tanam padi, mereka pula bekerja di lombong emas.
Lepas merdeka, kita konon-konon boleh memerintah negara, mereka sudah buka bank mereka yang pertama! Kita baru nak belajar ilmu hartanah, mereka sudah bina taman perumahan sendiri.
Kita baru acah acah jual tudung, kain tudung itu pun Cina hasilkan di kilang besar mereka. Kita ketinggalan beribu batu di belakang !
11. Jangan takut tanah ini jadi Singapura,kerana tanah ini memang sudah jadi Singapura! Nama saja Tanah Melayu, kami minta pembaca sebut sendiri di mana tanah kamu.Tak semua akan berjaya sebut di mana tanah masing- masing. Rumah taman tu bukannya tanah. Nak tanam pokok durian pun tak lepas! Jangan takut sangat kalau Dap memerintah seperti yang dimomok-momokkan pihak tertentu, kalau dia memerintah dia hanya akan ambil biasiswa bagi lebih sedikit pada orang cina sahaja, kuasa mereka yang sebenar sudah ada SEKARANG, tak perlu tunggu Dap memerintah.
12. Ini bukan soal bangsa. Ini soal survival. Sekarang di Kuala Lumpur penuh dengan peniaga Indonesia yang berniaga di bazar- bazar paling besar di sana. Indon yang dulu kita pandang rendah kerana mengangkat bata siang malam sekarang sudah mula bergiat dalam bisnes. Angka pendatang Indon makin ramai, dengan kerajinan mereka berniaga, tak mungkin suatu hari nanti mereka akan jadi "cina baru" dalam suasana bisnes Malaysia. Indon itu semuanya Melayu, kalau mereka mendominasi ekonomi kita nanti, di mana nak laung slogan Hidup Melayu lagi lepas ini?
13. Apa tindakan kita sekarang?Jangan lepas baca artikel ini pergi beratur di bank buat pinjaman terus untuk berniaga. Langkah pertama anda adalah BELAJAR BERNIAGA. Lepas keluar web kami, pergi follow jutawan Melayu yang suka mengajar ilmu bisnes di Facebook. Contohnya, Ainon Mohd. Berhenti baca 9gag pada waktu lapang dan mulalah "usha-usha" laman web sekolahbisnes.net . Belajar berniaga dulu.
14. Bila sudah pandai, mulalah berniaga , niatlah anda berniaga untuk tinggalkan empayar perniagaan pada anak cucu sebelum mati walaupun hanya empayar menjual susu segar.
15. Kepada yang sudah berniaga, berniagalah dalam kumpulan ,bangsa Cina memang berniaga dalam kumpulan. Saya cadang anda sertai Kumpulan Niaga ABS milik ABS Puan Ainon. Semua jenis perniagaan ada di situ. Jual roti, jual kambing , spa , jual buku, internet marketing, sebut sahaja apa jenis,insyaAllah sudah ada kumpulan niaga yang dibentuk bawah naungan ABS.
16. Mungkin masa sudah agak terlambat untuk mula berniaga kerana pemborong besar semua orang Cina. Mereka bebas main harga barang asal,dan itu bukanlah satu kesalahan dari segi undang-undang, sebab itulah kami pesan suruh berniaga di dalam kumpulan.
17. Jatuhkan pimpinan tertentu yang cakap mereka bela melayu tapi hakikatnya hanya bela 2 3 orang Melayu. Anda tahu siapa, tak payah ulas lebih-lebih.
18. Support barang orang Melayu, bila cakap support, kami tak suruh boikot barang cina. Support ini bukan hanya dengan beli barang dari Melayu tapi beranikanlah diri anda menegur kalau nampak lalat, kurang masin dalam masakan dan sebagainya.
19. Perjuangan ini adalah jihad ekonomi !Ini adalah jihad sebenar dalam realiti ekonomi Malaysia, bukan kami nak reka-reka. Isis Malaysia kalau betul nak berjihad boleh mula dengan berniaga air tebu di pasar- pasar malam.
20. Akhir kata, Isma, Rani Kulup Ibrahim Ali kalau betul anda sayang melayu, sila kongsi artikel ini , Kalau anda ingat kami tulis ini sebab nak cari trafik web, anda boleh kopi pasta idea ini masuk dalam page masing-masing. Buat macam idea sendiri ,mengaku anda mimpi jumpa Nabi dapat ilham untuk tulis artikel ini, kami tak kisah , janji mesej mulia ini sampai. Sekian terima kasih.
SILA SHARE JIKA ANDA RASA ARTIKEL INI BERMANFAAT .
Blogger Comment
Facebook Comment