#QS: 23. Al Mu'minuun 42. Kemudian Kami ciptakan sesudah mereka umat-umat yang lain. Apa yang kita tunggu sebenarnye? adakah kita masih belum menjumpai jalan yang hendak dituju? ataupun jalan memang ada depan mata, cuma kita yang buat-buat tak nampak
Sekarang ini ramai "Orang Islam mengandungkan anak 'orang kafir'. Sebaliknya 'orang kafir' pula mengandungkan anak 'orang Islam'!” Apa tidaknya... hampir semua amalan ataupun tabiat Islam yag baik2 itu tlah digunakan pakai oleh orang bukan Islam. Bangsa Jepun yag majoritinya bukan Islam mengamalkan penjagaan kebersihan, mendidik akhlak & menepati masa. Sifat patriotisma & jihad mereka dlam kerja juga tinggi. Pencapaian teknologi, pendidikan & kepetahan berhujah mreka juga unggul sekali.
Kita semua tahu itulah sebenarnya ajaran Islam. Hasilnya adalah kesejahteraan (salam)... Kerna itu Jepun menjadi antara negara yang dihormati & disegani saat ini. Begitu juga Israel walaupun mendapat jolokan zionis. Tapi orang Islam sandiri tidak mempraktikkan cara Islam. Kerana itu hidup masyarakat kita tidak sejahtera (salam) pada hakikatnya, melainkan pada namanya saja. Rumahtangga kucar kacir, akhlak anak2 teruk, ekonomi jatuh & hutang keliling pinggang. Pencapaian teknologi dan pendidikan kita juga tercorot di mata dunia. Itulah kesejahteraan yg palsu/fasik bagi kita kerana ianya hanya berbentuk angan-angan dan sangka-sangka belaka.
#Munafik ialah gelaran yang layak untuk kita. Dalam satu sudut lagi, hari ini ramai ibu-ibu yang sudah tidak tentu arah keimanan dan keislamannya. Ramai ibubapa yang telah berzina sebelum bernikah dan masih juga berzina selepas berkahwin. Anak-anak apatah lagi! Ya.. Terlalu ramai dari ibu Islam yang mengandungkan anak hidup dalam kefasikan dan kemungkaran. Kerana itu, lahirlah anak yang bakal dibentuk secara tidak islamik mengikut jejak ibunya. Orang kata "bapa borek anak rintek". Jika "ibunya ANAK ABU maka anaknya bakal jadi BOHSIA". Akhirnya mereka akan membesar dalam cara hidup yang dipenuhi 'kemungkaran’ walaupun masih Islam pada namanya. Sebaliknya, ramai ibu-ibu bukan Islam (yang sekarang kita gelar ‘kafir’) sedang mengandungkan anak yang akan mengembangkan cara hidup Islam. Orang Nasrani dan Yahudi bahkan Budha dan Hindu yang tidak pun sekuat mana pegangan agamanya masih meneruskan nilai murni agama mereka. Kami malu apabila mereka kongsikan cara hidup mereka kepada kami. Kebanyakan mereka masih meneruskan infaq 10% dari pendapatan mereka, ada kalanya lebih dari itu. Kerana itu kewangan komuniti mereka kukuh dan masyarakat mereka terbela walaupun tanpa bantuan kerajaan.
#Ramai di kalangan mereka yang tinggi nilai kemanusiaannya berbanding kita. Mereka juga sanggup bersatu padu. Kita pula menganggap infaq yang sebenarnya wajib itu sebagai ‘sunat’ sahaja. Apa itu asas sedekah, zakat dan infaq pun kita sudah tidak berapa tahu lagi. Jauh sekali untuk melaksanakan dengan sebenar-benarnya. Islam menyeru untuk bersatu dengan satu fahaman namun kita lebih suka berselisih faham dan berpecah belah tidak karuan, baik dalam fahaman agama mahupun politik. Keganasan dan caci maki di kalangan kita ada kalanya jauh lebih brutal dari orang bukan Islam. AlQuran kitab suci kita masih asli skrip Arabnya, namun sudah tidak kita fahami MAKSUD yang sebenarnya walaupun kita tahu MAKNANYA.
#Pelbagai tafsiran yang berbeza-beza dikeluarkan oleh begitu ramai penterjemah. Akhirnya anak-anak kita bingung, terbelenggu dan tidak merdeka mindanya terhadap agama. Apabila anak-anak kita cuba untuk memahami alQuran, ada sahaja yang menyekat. Ia seolah-olah sudah jadi macam satu dosa kerana kononnya alQuran mesti dirujuk kepada kitab lain dahulu. Ia sudah terbalik. Seharusnya kitab-kitab lain tulisan manusia itulah yang harus dirujuk kepada alQuran untuk memastikan kebenarannya.
Pada masa yang sama, ramai orang 'bukan Islam' pula yang kini bersungguh-sungguh membaca alQuran dan mencari rahasianya. Yang berniat baik akan memeluk dan memperjuangkan Islam.
Anak-anak mereka akan lebih faham Islam berbanding anak kita. Yang jahat pula akan mencari takwil yang sesuai untuk melemah dan memesongkan anak-anak kita. QS:2. Al Baqarah 78-79. "Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al Kitab, kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga. Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah" untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan". Akhirnya ramai yang serah diri saja bulat-bulat kepada guru dan ulamak ‘terbitan’ yang berbagai rupa sehingga ramai yang terjajah mindanya. Kita jadi generasi kayu mati yang bersandar kepada orang lain sahaja (QS:62/5, 63/4)..
#QS: 4. An Nisaa' 133. Jika Allah menghendaki, niscaya Dia musnahkan kamu wahai manusia, dan Dia datangkan umat yang lain. Dan adalah Allah Maha Kuasa berbuat demikian. QS: 29. Al 'Ankabuut 18. Dan jika kamu mendustakan, maka umat yang sebelum kamu juga telah mendustakan.
wanita ditelan ular sawa |
apa yang berlaku pada wanita ini agaknya ? |
#Dengan Rahmat Allah, amanah Islam ini mungkin bertukar dari satu 'bangsa' yang menggelar Islam hanya pada namanya sekarang ini kepada satu 'bangsa lain' yang tiada kena mengena dengan kita sama sekali. Itu salah satu dari sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu. Jika kita tidak jaga amanah ini, maka tidak mustahil nikmat Islam dan kekhalifahannya akan Allah ganti dengan umat yang lain. QS: 7. Al A'raaf 137.
Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya. Dan telah sempurnalah perkataan Tuhanmu yang baik untuk Bani Israil disebabkan kesabaran mereka. Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Fir'aun dan kaumnya dan apa yang telah dibangun mereka
Dan kewajiban rasul itu, tidak lain hanyalah menyampaikan dengan seterang-terangnya."
#QS: 23. Al Mu'minuun 31. Kemudian, Kami jadikan sesudah mereka umat yang lain.
Blogger Comment
Facebook Comment