"KALAU RASA TERBEBAN UNTUK TUNJUK BARANG KEMAS BARU , JANGAN BALIK KAMPUNG "



Selepas beberapa hari lepas kecoh mengenai seorang pakar motivasi menyarankan tidak perlu pulang ke kampung sebabnya kenaikan harga tol dan minyak . Lantas Syed Abdul Aziz Al Qubra yang dihentam oleh ramai pihak, beliau tampil menjelaskan perkara tersebut kepada sebuah akhbar tempatan Sinar Harian hari ini.

Menurut Syed Abdul Aziz, kenyataan beliau itu sebenarnya telah diekspoitasikan dan disalah erti oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Beliau menjelaskan hanya menjawab mengikut konteks soalan yang diberikan dalam rancangan program RTM tersebut.


“… Sekarang minyak naik, kadar tol pun dikatakan akan meningkat, saya sarankan kita semua supaya beringat, ia mungkin menyusahkan bagi sesetengah individu, Jika balik kampung terasa terbeban dengan terdesak dan rasa dibebankan untuk tunjuk barang kemas baharu atau kereta baharu, saya sarankan lebih baik jangan balik kampung, tol dan minyak pun dapat dijimatkan. Itulah penjelasan sebenar saya.

“Kita semua tahu pulang ke kampung memerlukan belanja yang besar. Kalau balik masa tengah tidak ada duit atau gaji belum masuk, itu lebih susah.

“Sekarang ini, setiap hari kira-kira 56 individu di negara ini diisytiharkan muflis. Saya tidak mahu anda salah seorang daripada individu yang diisytiharkan muflis. 


Baca lagi penjelasan beliau:

“Kalau orang tonton rancangan tersebut dari awal, mereka akan faham apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya. Bila mereka potong video program itu dan viralkan, itu yang menyebabkan orang-orang awam marah.

“Tajuk segmen yang diberikan kepada saya adalah ‘Celik Kewangan: Gaji Oh Gaji!’ Saya hanya mengupas tajuk yang diberikan berdasarkan statistik yang diajukan kepada saya. Sebenarnya begini, apa yang saya jelaskan menerusi program tersebut adalah beban yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah individu hanya untuk pulang beraya ke kampung.

“Saya hanya menjawab soalan yang diberikan oleh pengacara program.  Saya cuma mahu bantu rakyat dari segi perancangan ekonomi. Kalaulah balik kampung itu dirancang dari awal, tidaklah ada masalah buat mereka

 “Mengikut statistik trend balik kampung sekarang, hampir 53 peratus wanita akan membeli barang kemas hanya kerana tidak mahu ditegur oleh ibu mertua atau saudara-mara kerana memakai barang kemas tahun lepas. Maka dibelanjakan wang itu untuk membeli barang kemas. Sedangkan kita semua perlu beringat, keadaan sekarang sudah cukup mencabar buat semua pihak khusus golongan berekonomi sederhana dan rendah.

Katanya lagi, mengikut statistik yang diajukan pengacara, Tazneem Faizal, Syed Abdul Aziz berkata, 53 peratus wanita ingin mendapatkan barang kemas baharu sempena Aidilfitri, 23 peratus rakyat Malaysia ingin berkahwin lagi sempena menyambut Syawal, 18 peratus individu atau pasangan akan membelanjakan wang untuk membeli kelengkapan dan perabot baharu manakala lapan peratus lagi berkeinginan untuk membeli kereta baharu di musim perayaan ini.

Share on Google Plus

About soyacincau

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment