BIADAP ! SIKAP SEBENAR MAJLIS BAITULMAL MELAYAN ORANG TUA DI BULAN PUASA SEHINGGA TERPAKSA MENINGGALKAN SOLAT SUBUH !



Sedang menghirup kopi panas ,berkeliaranlah cerita mengenai baitulmal yang tidak enak didengar .
Hal ini kerana admin juga pernah berurusan dengan pihak mereka tetapi tidaklahpula menjadi sebegitu rupa . Luahan seorang anak kepada mangsa yang diperlakukan begitu oleh baitulmal diluahkan di facebbok dan menjadi viral.



Hari ini...
Mak pergi ke Maeps Serdang kerana mendapat jemputan dari BAITULMAL untuk Majlis Sumbangan Hari Raya.. Dalam fikiranku...Alhamdulillah...mungkin mak dapat la barang2 untuk hari raya nanti...aku x dapat teman kerana aku perlu buat audit dalam di syarikatku...suamiku juga tidak dpt cuti..abg iparku sudi membantu..
Mak bangun seawal 2 pagi kerana Baitulmal call minta dtg ke masjid Az-zubair jam 4 pg..mereka kata mknn sahur disediakan..mak dan abg ipar ke masjid tepat jam 4..belum sempat mkn sahur...semua jemputan diarah naik bas segera kerana bas hendak bergerak...mak cepat2 ambil sebungkus bekas mknn dan naik ke bas..dlm perjalanan mak buka mknn tersebut..apa yg ada hanya sedikit nasi (mkn dirumah lagi kenyang) dan lauknya ikan bilis goreng sejemput...tiada sayur..dan kurma dua biji... Bknlah tidak bersyukur..lebih baik sahur dirumah kalau mkn pun tidak kenyang..
Sesampai di maeps masih gelap...niat mmg nk bersolat subuh..namun begitu..bas tersebut berhenti sgt jauh dr dewan..lebih kurang 500m...mak yg berumur 62 thn gagahkan diri berjalan sejauh itu..dr langit gelap sampai cerah baru sampai di dewan..tiada siapa kakitangan yg dtg membantu insan2 lemah spt mak..mak kata ada org lebih tua dr mak sampai jatuh terjelepok kerana x mampu lg nk berjalan..ramai merungut kenapa pemandu bas tinggalkan kami sgt jauh dr dewan..
Mak telah meninggalkan solat subuh di bulan ramadhan kerana sesampainya di dewan...toilet penuh dgn org..mak pula x mampu berdiri lg..mak terus ke kerusi yg disediakan..abg ipar shj yg pergi bersolat..mak terlalu letih pg ini..waktu itu jam 7...semua jemputan menanti2 apa yg akan berlaku lg slps ini..lama menunggu...sehingga jam 9..tiada apa yg dibuat pd waktu itu..hanya menunggu dan menunggu.. Mak ke toilet kerana bosan menunggu..bertegur dgn seseorang.. "Majlis ape ye ramai sgt nie?"tanya mak. Gadis tersebut jawab..Majlis nie saje nk meramaikan majlis makcik.. Mak mengangguk tanda faham..
Mak terpandang di luar dewan...PM baru sampai dgn kereta bersama iringan..terdetik dlm hati mak...PM boleh pula naik kereta sampai dewan..kenapa rakyat perlu susah2 jln jauh2..Hampir sejam PM berucap.. Majlis adalah sumbangan aidilfitri utk asnaf baitulmal..mmg ada sumbangan utk anak yatim..dan asnaf2 terpilih..tetapi selain itu lebih 1500 org termasuk mak cuma jemputan shj(kalau tahu aku x benarkan mak pergi). Utk yg lain2 tiada sumbangan aidilfitri pun..yg diberi hanya sebuah beg kain berisi kain pelikat..kain batik..dan tuala kecil (baru aku tahu sumbangan aidilfitri mcm nie)..duit raya pun tiada..dlm hati mak..x apa lah ini shj rezki yg ada..tp bg aku kepenatan mak lebih dr apa yg diberi..aku menyesal bg mak pergi..
Rakyat kena tipu...
Habis majlis jam 11 abg ipar minta mak cepat keluar..takut ditinggal bas..sbb mak jln terlalu perlahan..mak ikut shj..tapi mak sempat merungut..penat mcm nk mati...mak x larat..tp mak gagahkan juga...berkali2 mak berhenti kepenatan..mak ada semput..mak asyik kata "tobat aku xkn pergi lg"..smpai abg ipar terpaksa papah mak..aku menangis dengar cerita mak...sedih sgt2..
Sesampai di dlm bas..mak menarik nafas lega sbb dpt duduk..sblm bas bertolak..kakitgn baitulmal bg sampul raya...Mak ckp syukur dpt rezki walau pnt..tp ble smpai rumah..buka2 hanya ada rm30..mak ketawa sendiri..."tobat aku xkn pergi lg"...
Aku yg mndgr cerite mak...rasa sgt marah ketika ini...ape itu baitulmal?ape itu PM?ape itu politik?buat event utk susahkan golongan emas dgn tujuan nk ramaikan majlis..kate dpt sumbangan hari raya tp dpt kain pelikat..kain batik..tuala?Kau igt kami rakyat beraya dgn kain tu sume?kalau mak pengsan sbb pnt berjalan..mmg aku saman pihak baitulmal!!!! Aku x suka bila sesuatu perkara dibuat hanya utk kpntingan org lain..org mcm mak tersiksa...siapa x marah mcm nie...

Diharap pihak berkenaan dapat memberikan ulasan lanjut mengenai perkara yang berlaku agar kedua-dua pihak berpuashati .. - azyumiko.blogspot.com
Share on Google Plus

About soyacincau

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment