Huru hara semalam di Lowyat . Katanya kedai Oppo diserang pembeli yang tidak berpuas hati .
Ada yang kata, peniaga (Cina) telah membelasah seorang pemuda Melayu kerana mencuri telefon di kedainya. Dari video pertama, dapat kita lihat pemuda berkenaan telah dibelasah dan dikerumuni peniaga-peniaga berkenaan.
Kes pergaduhan di Lowyat. Menurut laporan awal yang belum dapat dipastikan kesahihannya, pergaduhan berpunca dari seorang pemuda mencuri handphone. – Oh MediaKes pergaduhan di Lowyat. Menurut laporan awal yang belum dapat dipastikan kesahihannya, pergaduhan berpunca dari seorang pemuda melayu mencuri handphone Lenovo. – Oh MediaTujuh lelaki menyerang dan merosakkan sebuah kedai telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Low Yat, di sini, 7.50 malam tadi. Sumber polis berkata, suspek memecahkan peralatan di dalam kedai itu selain turut memukul pekerja kedai berkenaan. Katanya, kerugian dianggarkan lebih RM 70,000. Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang rakan suspek ditahan pengawal keselamatan Plaza Lowyat kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis. Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – myMetro
Berdasarkan info awal, nampak macam 100 peratus menyalahkan pemuda berkenaan. Bagaimanapun dalam video kedua, dapat kita lihat ada sekumpulan pemuda Melayu bertindak menyerang kedai dan membelasah peniaga-peniaga berkenaan. Kenapa?
Daripada sumber lain, punca sebenar pergaduhan di Plaza Lowyat adalah kerana pemuda berkenaan telah ditipu oleh peniaga terbabit semasa urusan pembelian telefon sebelumnya.
Anda boleh baca petikan penuh dibawah:
kejadian sebenar..saudara ni beli hp di lowyatt…penjual tu kata barang ni ori dan bkn clone or AP…jadi saudara ni pun beli…bila balik saudara ni tjuk la kat mber dia..then didapati hp tu clone..dgn perasaan yg hampa dan marah di kekang dgn mood raya yg hmpir menjelang tiba..saudara ni pun pergi semula ke outlet berkenaan dan berlaku makian tidak puashati..lalu saudara ni pun ambil hp yg ori dan dia tinggal yg clone tadi…si penjual tidak puashati lalu buat report dan di tgkap oleh pihak management dan di serah di balai polis….tapi polis telah lepaskan saudara ni kerana dia ada bukti kukuh dan mempunyai resit yg sah semasa beli..disebabkan pekara ni..saudara tersebut telah membuat repeat kembali disana…MORAL OF THE STORY ..JANGAN LAH MEMBELI DI LOWYATT KERANA TERLALU RAMAI KAKI PUTAR ALAM DI SITU.
Dari sumber lain pula:
Kes Buyer melayu kena kena kencing ngn seller cina low yatt..Kronologi camni :1)Budak beli hp
2)Seller kate ori
3)Dah byr dpt resit sume, cek balik rupenye bkn ori
4)Budak dtg kedai balik, nak mintak ori sbb seller bg yg bkn ori
5)Seller ckp kasar & xnk bg balik yg ori sbb bg dia transaction dah selesai
6)Budak tu bengang, so dia amek hp ori, letak balik yg bkn ori
7)Seller bengkek, ramai2 seller tu pukul budak tu sampai jadi lauk pastu halau dia kuar dari plaza lowyat
8)Management & polis tunggu luar plaza low yat angkut budak tu, ambik statement kat balai kerana budak tu dituduh mencuri
9) Budak tu tunjuk resit pembelian, pastu deposit statement
10) So, bila xbley nk dakwa budak tu pape, polis lepaskn budak tu
11) sebelah petang, budak tu dtg balik kat low yat ngan geng2 dia balik gi jahanamkan kedai oppo
12) dah abes lingkup kedai pe sume, diorg jln rilex2 jek kuar plaza low yat
13) abes da cite…
Jelas beberapa sumber lagi, video pemuda Melayu terbabit dibelasah kerana dituduh mencuri sengaja dijadikan viral untuk mengaburi info sebenar apa yang berlaku.
Dibawah adalah perkongsian dari media sosial mengenai video awal berkenaan:
siapa tak bengang kalau kena tipu. Cuma tidak dinafikan, kedua-dua pihak salah. Si peniaga, kenapa jual cara menipu seperti itu. Dah klon tetapi claim sebagai original. Memang patut diberi pengajaran.
Pemuda berkenaan pula, kalau dah tahu kena tipu sila ambil langkah sewajarnya dengan buat laporan Polis dan juga Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP). Janganlah pergi ‘mencuri’ pula.
Berkenaan Plaza Lowyat, rasanya ammboi dah post mengenai beberapa kes menipu disana. Memang sudah ramai jadi mangsa penipuan. Sikap kurang ajar penjual disana juga memang tidak dapat dinafikan.
Silap kita tanya, kena paksa beli pula. Kalau tak beli, macam-macam kata cacian dalam bahasa mereka ditujukan kepada kita. Itulah sebabnya, sejak dari dahulu lagi ammboi tak akan beli sebarang gajet di kedai-kedai disana. Paling tidak beli aksesori sahaja.
Apapun harap kejadian ini dijadikan iktibar kepada semua pihak.
Sumber video: Perak Today | Gambar: Oh Media
Blogger Comment
Facebook Comment