“I pun tak tahu kewujudan LOW YATT & PETALING STREET!” - Hassan Malek




Tapi penulisan kali ni bukan nak bincang pasal isu kaum ke, isu pencuri ke apa , nak bincang tentang KPDNKK. Pedulikan je tajuk di atas tu. Biasa la, tajuk kena gempak and create kontroversi. Tajuk itu hanya sindiran sinis semata .

Kecoh macam haram kes Low Yatt. Melalui pandangan mata pemilik blog popiyah.com , Low Yatt and Petaling Street memang ada menjual banyak barang yang bukan Original dan banyaknya tiada kualiti langsung .

Yang hairanya, KPDNKK banyak jugak buat operasi pergi Uptown lah, Down Town dan banyak lagi town..” Tapi “JARANG-JARANG” turun atau hinggap ke Low Yatt dan Petaling Street. Rasa aku dari zaman Firaun bersetubuh lagi dah ada tempat jual barang rekon ni 

( Low Yatt). Berani sungguh statement ni kan . Hahaha . Okay, mesti pihak KPDNKK akan membalas: “Eh, kitaorang ada la turun, ko je tak tahu..tapi kita orang tak de nampak pun barang-barang cap ayam..“

Hahaha, jawapan untuk kenapa kau tak jumpa pun barang yang tak ori ialah : “Sebelum kau operasi dah ada imformer dalam yang halo tauke-tauke kat luar sana suruh kasi packing, ada operasi..so masa ko sampai habuk je la..” Harus dipercaya pihak KPDNKK akan menidakkan apa yang dicakapkan ni. Goverment tak pernah salah. Habis kuat pun dia akan cakap diorang tak pernah terima aduan dari pengguna .

Bayangkan kalau penguatkuasa telah berjaya mengharamkan barangan tipu ni mesti tak akan jadi kes seperti ini .. Bila kes remeh macam ni dah jadi racial isues, memang menjawab lah. Justice kena buat awal-awal, bukan dah jadi taik baru nak siasat lah. Jual barang silap 

( cap ayam) pun kena tangkap, mencuri pun kena tangkap, yang bergaduh pun kena tangkap. Manusia semakin terdesak, sara hidup tinggi, isu “Bodoh” bertimbun-timbun..so memang manusia kat Malaysia, nak-nak pulak yang bernama Bani Melayu memang cepat panas… 

Apajua yang berlaku , hidup mesti diteruskan .. Jangan hentam sana , hentam sini . Malaysia bumi yang kepelbagaian bio , ehh .. ok stop . Jangan mengarut !
sumber asal  : popiyah.com
Share on Google Plus

About soyacincau

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment