SI COMEL AAISYAH DHIA RANA BERAYA SAKAN DENGAN 20 HELAI BAJU RAYA .




Kalau sebelum ini , ibunya Rozita CheWan terpaksa menyewa kondo untuk menempatkan baju-bajunya kerana kesempitan ruang simpanan di rumah mereka diami . Kali ini, tidak lupasi cilik aaisyah dhia rana mendapat persalinan raya sebanyak 20 pasang .

Che Ta memberitahu dia amat teruja untuk menyiapkan Aaisyah memandangkan ini adalah tahun pertama dia dapat menyambut hari raya bersama anaknya itu.
Jika sebelum ni, cemburu tengok orang lain berpeluang mencantikkan anak perempuan mereka dengan bermacam gaya, kini akhirnya saya sendiri dapat merasainya.
Dek kerana terlalu teruja, saya telah pun menyediakan 20 pasang baju raya untuk Aaisyah pakai dan gayakan sempena Aidilfitri ini.

Bagaimanapun, semua baju itu sebenarnya bukanlah hanya untuk dipakai pada hari raya pertama dan kedua sahaja tetapi ianya akan turut disarungkan ketika menghadiri jemputan rumah terbuka sepanjang sebulan Syawal.
Malah 20 pasang baju raya ini memiliki rona yang sama dengan 20 pasang baju raya milik saya dengan Zain Saidin. Sedondonlah kiranya.., kata Che Ta.

Sementara itu, pengacara Primadona ini memberitahu, dia sekeluarga akan beraya terlebih dahulu di rumah mertuanya yang terletak di Bukit Antarabangsa, Ampang sebelum pulang ke kampung halamannya di Alor Star, Kedah.
Tahun ini, saya akan beraya bersama keluarga mertua dahulu di sini dulu, sebelum kami sekeluarga pulang ke Kedah bersama adik-beradik saya yang lain, beritahunya.
Sempena Aidilfitri ini Che Ta bakal muncul dalam Primadona Syawal sebagai hos bersama Erra Fazira pada 1 Syawal, 17 Julai, 9 Pagi.-azyumiko
Share on Google Plus

About soyacincau

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment