MUNGKIN RAMAI YANG TIDAK TAHU, HUTANG KERAJAAN SEBANYAK RM470.6 BILLION TERHADAP KWSP
Oh alkisahnya. Patutlah hari tu kecoh sekejap apabila kerajaan mahu melanjutkan tempoh persaraan kepada 60 tahun dan kemudian ditegah oleh menteri . Kemudian duit tabung haji pula mahu dikorek .
Nah , ni cerita benar atau tidak rakyat marhaen mesti tahu mana perginya duit potongan bulanan yang katanya masuk KWSP ..
Semak mana - mana keretan akhbar hari ini, pasti anda akan tahu apa sebab-musabab kerajaan mahu melanjutkan had persaraan kepada umur 60 tahun.
Sekarang ini nilai hutang kita sudah mencecah RM470.6 bilion yang mana jumlah besar terdiri daripada hutang dalam negeri termasuk hutang kerajaan persekutuan terhadap KWSP (wang milik kakitangan kerajaan dan swasta) yang kini sudah mencecah RM144.5 bilion (setakat data pada 31 Disember 2011).
Berita tersebar mengatakan bahawa FELDA meminjam RM 6 Bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan tertentu. Apakah tujuan dan perlunya pinjaman tersebut dibuat?
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) meminta kerajaan menjelaskan tujuan Felda membuat pinjaman sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Laporan yang ANAK terima dua minggu lalu melalui minit mesyuarat 6 April lalu menyebut Felda telah meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion. Untuk apa wang RM6 bilion ini dipinjam?
Kerajaan mesti membuat penjelasan segera kerana ia memberi implikasi sangat buruk kepada pengurusan Felda dan juga memberikan anggapan tidak baik oleh rakyat kepada kerajaan memerintah.
Kalau benarlah Felda meminjam wang dari KWSP, adakah ini bermakna Felda berada dalam krisis kewangan?
Laporan Felda meminjam daripada KWSP ini katanya timbul ketika isu kemerosotan rezab Felda belum lagi reda. Ketika menjawab soalan tambahan di Parlimen seperti didedahkan media pada17 dan 18 jun 2010, Datuk Ahmad Maslan mengakui bahawa kedudukan tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009.
Kemerosotan RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun sesuatu yang sangat mengejutkan. Bukan sikit wang yang rugi hilang tanpa dikesan.
Felda kalau telus, adalah lebih baik mereka jelaskan kemana wang-wang yang hilang itu digunakan, dan rakyat juga perlu tahu, kalau sudah kata pinjaman, bagaimana bentuk pinjaman wang dari KWSP ke Felda tersebut?
Berapa peratus faedah dikenakan? Adakah ianya berbaloi untuk dipinjamkan ke Felda? Itu semua memang penting. Kerajaan memegang amanah yang besar dari rakyat untuk duit KWSP tersebut.
Jadi, wajarlah kerajaan menjawab tuduhan ANAK itu. Kalau benar, katakan benar dan jelaskan fakta dan tujuan pinjaman tersebut.Kalau salah, ambil sahaja tindakan.
Joseph Lakai is a Murut Pilot and an Engineer, he is also a vice chairman of Parti Maju Sabah (SAPP), N-34 Liawan CLC.
Blogger Comment
Facebook Comment