Admin lahir pada tahun 1990 , melalui zaman kegemilangan kanak-kanak . Seronok tidak seperti kanak-kanak sekarang . Entri pada kali ini , mahu berkongsi fesyen murid lelaki pada tahun 1990 .
Zaman
persekolahan adalah satu zaman yang paling seronok. Kenangan zaman
sekolah dan zaman nakal memang susah nak dilupakan. Masa zaman sekolah
ni lah kita dapat tengok macam-macam fesyen yang ada. Sebab waktu, siapa
pakai barang sekolah mahal dialah yang paling kaya.
Seluar
sekolah jenis boot cut lepas tu pakai tancho tebal sampai rambut jadi
pun jadi keras. Tang kasut pula yang popular waktu tu mestilah kasut
pallas jazz atau penguin. Bab tali pinggang mesti superman atau alien
warkshop. Waktu tu rasa dah bangga sangat dapat pakai jenama ni.
Fesyen rambut mesti belah tengah nak ikut
gaya Nick Backstreet Boys. Rasa dah handsome sangat kan.. Paling tak
boleh tahan tali pinggang mesti ada terjulur lebih. Masa ni sesiapa
murid lelaki yang ada stail macam ni kira dialah yang paling macho dan
menjadi pujaan murid perempuan. Apapun semua jadi kenangan indah yang
sukar dilupakan
Minyak rambut pada ketika itu , tancho .
Kasut sarung kain , ala-ala auntie taiche pagi-pagi
Blogger Comment
Facebook Comment