Perbualan Semalam Najib Razak Kata " Saya Tidak Tersenarai " Tapi Masa Umum Nama Saya Digugurkan .


Bak kata bangla , harapkan pegar , pegar makan padi . Begitulah bidalan yang sesuai dengan situasi yang berlaku . Andai benar bagai dikata , pastinya selepas ini rakyat akan bertambah marah dengan apa yang berlaku .

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dia sudah mengetahui tentang penggugurannya dari kabinet sejam sebelum perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak kepada umum.

Menurut beliau, dia sudah dimaklumkan untuk bertemu dengan Najib Razak pada jam 11.30 pagi.

Memandangkan beliau ketika itu berada di Sendayan Negeri Sembilan, beliau hanya sempat bertemu Najib pada 12.15 tengahhari semalam.

"Dia jemput saya dan selepas perbincangan saya beri pendapat saya dan beliau jelaskan apa yang patut dijelaskan.

"Dan saya tanya tujuan dijemput, adakah berkaitan rombakan. Dan dia angguk. Saya tanya adakah you nak bercakap apa-apa dengan saya.

"Dia (Najib) cakap dia susah nak cakap. Kemudian saya tanya adakah saya tak tersenarai, dia angguk dan ucapkan terima kasih," katanya memetik laporan MalaysiaKini

Muhyiddin mendedahkan perbualan ini semasa sidang medianya hari ini. 
Share on Google Plus

About soyacincau

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment