[3 FOTO] Wajah Kekasih Hafiz Hamidun..Cantik. ~ Baca Penuh Disini

Sudah lama bersedia untuk mendirikan rumaah tangga, penyanyi Hafiz Hamidun, 32, merancang menikahi kekasihnya yang juga merupakan seorang model, Adiela Ridzuan, dalam tahun ini.

Bagaimanapun, dia merancang untuk menemukan dahulu keluarganya dan keluarga kekasihnya itu dalam masa terdekat agar kedua-dua pihak keluarga mendapat keserasian.






"Setakat ini saya dan Adiela ada juga bercakap tentang perkahwinan dan saya meluahkan hasrat untuk berkahwin pada tahun ini. Jadi saya akan tunggu jawapan dan respons di sebelah pihak sana dan biarkan mereka menetapkan tarikh.

"Apa-apapun, buat masa ini saya mahu ibu bapa kami berkenalan dulu. Bukannya merisik. Sekadar untuk berborak biasa untuk mendapatkan keserasian," katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, memandangkan perhubungannya dengan Adiela baru saja dijalinkan beberapa bulan lalu, banyak perkara mengenai kehidupan selebriti yang perlu dijelaskan kepada wanita itu.

"Saya ada cakap dengan dia, bercinta dengan artis ni lain sikit. Tambahan pula saya mempunyai hubungan baik dengan media, saya suka berkongsi segala hal tidak kira kerja atau peribadi. Dan biasanya apabila hal peribadi ni orang yang bukan selebriti tidak gemar untuk berkongsi cerita.

"Alhamdulillah, mujurlah dia faham dan mula menerima apabila kisah kami didedahkan," ujarnya.
Share on Google Plus

About Unknown

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment