Sayu : Sarjan maut atas bumbung kem terbengkalai terkena renjatan elektrik (4Gambar) ~ Baca Penuh Disini




Seremban: Anggota tentera maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika memotong wayar di siling bangunan terbengkalai di Kem Tentera Darat Sikamat, di sini, tengah hari tadi.


Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, Sarjan Mohd Zainal Zakaria, 29, ditugaskan memantau aktiviti gotong royong di kem berkenaan sebelum ditemui tidak sedarkan diri di atas siling bangunan berkenaan oleh anggota lain.


LAPORAN AWAL KEMATIAN PTT KANAN TERKENA REJETAN LETRIK.
1. Nama: 1161316 Sjn Mohd Zainal Zakaria
2. Pasukan: 24 RAMD

3. Jawatan: Ketua Sek Pl Rinser
4. Berkahwin dgn 2 anak
5. Ins Kelompok: 10 unit
6. Tempat Kejadian: MQ Peg Sikamat (Abandoned House Since 2009) bersebelahan Bangunan PPDK 
Nur Iman Sikamat
7. Masa Jumpai: Approx 1300

RINGKASAN KEJADIAN:

8. PTTK PEG BERTUGAS PASUKAN. 

9. BELIAU DATANG KE PPDK NUR IMAN SIKAMAT UNTUK MEMANTAU ANGGOTA GOTONG ROYONG DI PPDK.

10. TANPA DISEDARI OLEH SESIAPA BELIAU TELAH MASUK KE QTR KOSONG TERSEBUT.

11. BELIAU DIJUMPAI TERSANGKUT DISILING OLEH ANGGOTA PETUGAS PPDK 24 RAMD IAITU KPL HASSAN KETIKA KPL TSB MEMBUAT PEMERIKSAAN KAWASAN SEKITAR KAW PPDK.

12. PIHAK BOMBA DAN POLIS DIHUBUNGI DAN TELAH DTG MEMBUAT PEMERIKSAAN.

13. KETIKA DIPERIKSA OLEH BOMBA DIDAPATI ANGGOTA MASIH MEMEGANG ALAT PEMOTONG WAYAR.

14. TIDAK DIKETAHUI TUJUAN MANGSA TETAPI DISYAKI CUBA MEMOTONG KABEL YG BELIAU TIDAK KETAHUI MASIH MEMPUNYAI ARUS LETRIK.

15. MANGSA DIBAWA KE FORENSIK HOSP TUANKU JAAFAR UTK BEDAH SIASAT
LAPURAN PENUH AKAN MENYUSUL.
TERIMA KASIH GOC..

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohamad Idris berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.36 tengah hari sebelum sebuah jentera dan empat anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi mendapati mangsa sudah meninggal dunia dipercayai akibat terkena renjatan elektrik menyebabkan bomba terpaksa meminta bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong elektrik sebelum menyelamatkan mangsa.

"Mangsa berjaya diturunkan dalam tempoh 10 minit sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.-HM
Share on Google Plus

About Unknown

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment