Wanita 'Selfie' Dengan Bahulu Berbentuk Alat Kelamin Lelaki Tampil Beri Penjelasan. ~ Baca Penuh Disini

Seorang ahli perniagaan wanita Faridah Ulis, 45, lebih dikenali sebagai Mamadot telah tampil semalam memberikan penjelasan mengenai gambar dia berselfie dengan bahulu berbentuk kemaluan lelaki yang viral di laman sosial kini.

Menurut Faridah,  penyebaran gambar berkenaan adalah tanpa kebenarannya kerana gambar tersebut hanya dikongsikan bersama rakan-rakan tetapi kini diaibkan oleh pengguna media sosial yang bukan rakan di Facebooknya..




"Gambar yang saya muat naik sebelum Tahun Baru Cina itu telah dibuang beberapa minggu yang lalu atas nasihat polis, bimbang semakin tersebar. Caption gambar pada masa itu berbunyi lebih kurang begini:

 I don't know what to say, pelik tetapi benar ada dijual di pasaran.

"Niat saya hanya untuk memberitahu yang kuih itu berada di pasaran. Saya menemui kuih itu di sebuah kedai runcit. Bagaimanapun, bila saya pergi ke kedai runcit itu hari ini, kuih itu tidak lagi dijual dan pemilik kedai memberitahu pembekal kuih berkenaan tidak lagi mengeluarkannya di atas sebab-sebab tertentu," jelasnya dipetik dari Portal Pixel Dedia.

Malangnya, gambar Faridah telah disebarkan tanpa mengaburkan wajahnya menyebabkan dia berasa tidak selamat dan beliau hari ini telah membuat laporan Polis.

"Niat sebenar saya membuat laporan polis dan SKMM adalah untuk mencari dalang yang berkongsi gambar selfie saya tanpa kebenaran," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya beliau yang hanya berkongsi gambar itu dengan rakan Facebooknya dan bukan dengan mereka yang di luar daripada rangkaian sosial sahabatnya.

"Saya tidak mempunyai niat buruk apabila berkongsi selfie itu dengan rakan-rakan kerana ia untuk memberitahu mereka tentang bahulu itu. Ia unik, malah saya turut membelinya untuk rakan-rakan," katanya lagi kepada Bernama.

Selain itu, gambar yang memaparkan wajahnya itu yang menjadi viral turut memuatnaik maklumat salah mengatakan bahawa bahulu itu dijual di Langkawi dengan harga RM4 sepaket.

"Suami saya kecewa terhadap komen-komen negatif yang dilemparkan pengguna internet yang mengkritik tindakan saya mengambil gambar dengan bahulu tersebut," katanya. - Siakapkeli.my
Share on Google Plus

About Unknown

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment