Identiti pelajar yang solat dhuha waktu rehat pagi.. dikala semua rakan rehat dan bermain (2Gambar) ~ Baca Penuh Disini


KOTA BHARU : Gambar nya telah menjadi VIRAL rata-rata kagum dengan apa yang dilakukan pelajar tahun 1 ini.

“Amsyar sama seperti budak lain juga, cuma dia jenis yang mementingkan kesempurnaan,” kata bapa kepada murid Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 1, Muhammad Haziq Amsyar, 7.

Gambar Amsyar mula menjadi viral di laman sosial apabila guru di sekolahnya itu memuat naik gambarnya sedang menunaikan solat Dhuha setiap hari.
Menurut bapanya, Ahmad Mustamam Alang Ahmad, 39, dia sendiri terkejut apabila diberitahu gambar anaknya mula tersebar di laman sosial dan mendapat perhatian masyarakat.

“Semalam baru saya tahu tentang perkara ini apabila ada rakan yang berkongsi gambar berkenaan melalui aplikasi, WhatsApp. Memang saya terkejut apabila ia diviralkan.

“Tapi, bagi saya itu perkara biasa sahaja. Sebab Amsyar memberitahu, ada kala murid lain juga turut menyertainya,” katanya kepada Sinar Harian.
Share on Google Plus

About Unknown

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment