Virus Zika : WHO Isytihar Kecemasan Kesihatan Global ~ Baca Penuh Disini



KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan kecemasan kesihatan global susulan penularan virus Zika di sekitar Amerika Selatan.

Ancaman virus ini dilaporkan lebih berbahaya terhadap kesihatan jika dibandingkan dengna virus Ebola sebelum ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan WHO, Margaret Chan, mesyuarat pakar-pakar kesihatan telah bersetuju bahawa wujud hubungan antara jangkitan virus Zika ketika mengandung dan kecacatan pertumbuhan otak kepada anak yang dikandung, biarpun masih lagi tiada bukti saintifik mengenai perkara itu.

Laporan sebelum ini memberitahu bahawa sudah wujud virus Zika di Indonesia.

Virus Zika disebarkan menerusi nyamuk Aedes, jenis nyamuk yang sama membawa virus denggi.

Sumber : Siakapkeli.my
Share on Google Plus

About Unknown

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment