SUNGAI PETANI : Seorang bayi berusia empat bulan maut selepas dikatakan mengalami sesak nafas ketika berada dalam jagaan sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Bandar Sri Astana, dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian pada jam 1.30 tengah hari itu, bayi terbabit, Muhamad Afiq Irfan Abdul Rahim, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, selepas disedari tidak bermaya ketika di pusat asuhan berkenaan.
Keadaan bayi itu disedari pengasuh di pusat berkenaan ketika mengejutkan bayi itu yang sedang tidur, sebelum mendapati bahagian atas badan mangsa panas dengan sebelah bahagian bawah tubuhnya pula sejuk.
Pengasuh terbabit kemudian menghubungi ibu bayi berkenaan, Aslina Mohamad, 31, dan kemudian membawa bayi terbabit ke sebuah poliklinik di Taman Cendana, dekat sini, bagi mendapatkan rawatan.
Aslina yang berada di luar kawasan atas tuntutan kerja ketika itu meminta bantuan rakan, yang hanya mahu dikenali sebagai Lia berusia lingkungan 30-an untuk melihat keadaan anaknya itu.
Aslina yang berada di luar kawasan atas tuntutan kerja ketika itu meminta bantuan rakan, yang hanya mahu dikenali sebagai Lia berusia lingkungan 30-an untuk melihat keadaan anaknya itu.
Lia yang bertugas di Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sungai Petani, berkata beliau ke poliklinik yang terletak berhampiran dengan tempat kerjanya itu bagi melihat keadaan Afiq, namun keadaan Afiq ketika itu sudah lembik dan muka serta tubuhnya kebiruan.
"Saya dan rakan kemudian segera membawa Afiq ke hospital selepas mendapati tiada doktor bertugas di poliklinik terbabit pada waktu itu," katanya ketika ditemui. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, mengesahkan kejadian itu dan siasatan awal polis tidak mendapati sebarang tanda kecederaan atau kesan lebam.
"Doktor yang merawat bayi itu mengesahkan bayi berkenaan meninggal dunia sebaik tiba di hospital. Bagaimanapun pegawai perubatan tidak dapat memberikan kata putus mengenai punca kematiannya. "Sehingga kini, polis mendapati kematian bayi itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. -BH
Blogger Comment
Facebook Comment