[7 FOTO] Shaheizy Sam Pengsan Selepas Diijab Kabulkan ~ Tengok Disini

Shaheizy Sam pura-pura pengsan sebelum mengejutkan isterinya, Syatilla Melvin dengan kek Hari Jadi selepas diijab kabulkan.

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad bergelar suami Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin hanya dengan sekali lafaz.

Sam berkata, dia juga berjaya membuat isterinya menangis apabila membuat gimik pengsan di pelamin.

"Saya berjaya buat dia menangis, kejutan untuk saya raikan hari jadi dia," katanya.

Sam rebah di pelamin ketika sesi bergambar dan Syatilla kelihatan panik, namun ia hanya gimik kejutan hari lahir Syatilla.

Syatilla berkata, dia panik apabila melihat Sam yang baru menjadi suaminya pengsan.

"Saya terus panik, ada rasa macam nak pitam juga lihat suami kita pitam kan, sebab dia tidak pernah pengsan.

"Hari ini majlis nikah kami, sudah pasti saya takut, tapi saya tidak terfikir yang dia akan buat kejutan untuk saya," katanya.

Bagaimanapun, dia lega apabila Sam bangun dan menyanyikan lagu hari jadi untuknya.

Mengenai perkahwinan dengan pelakon popular itu, Syatilla bersyukur kerana selamat menjadi isteri Sam.

"Selepas akad nikah ini dan saya sah bergelar isteri dia (Sam). Saya rasa sudah tiada apa-apa lagi untuk orang lain memperkatakan perkara negatif mengenai kami.

"Saya bersyukur hubungan kami selama enam tahun dikukuhkan dengan ikatan perkahwinan ini," katanya.

Pasangan ini selamat bernikah di rumah keluarga Syatilla di Bukit Jawi Golf Villa pada jam 9 malam tadi.








Share on Google Plus

About Unknown

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment