5 (FOTO) Suasana Pilu Di Tanah Perkuburan,Arwah Nur Najjuwa Dikebumikan ~ Baca Penuh Disini

Jasin: "Saya tidak percaya selagi tidak nampak jasadnya, jadi saya masih bertenang apabila tiba di sekolah sehinggalah saya nampak seluar trek dipakai ketika anak saya dikeluarkan dari tangki kumbahan.






“Ketika itulah saya pasti yang itu adalah anak saya," kata Raja Mohamad Shahrunnizam Raja Harun, 44, bapa kepada Raja Nur Najjuwa Arianna,7, yang meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di belakang bangunan Sekolah Rendah Agama JAIM Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai, di sini, 4.45 petang semalam.

Menurutnya, hancur luluh hatinya apabila melihat sekujur tubuh anaknya tidak lagi bernyawa.

Raja Mohamad Shahrunnizam ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Penghulu Benteng selepas pengkebumian anak kelima dari tujuh beradik itu.

Ibu arwah, Noor Azlina Roslan, 32, dan madunya Rosmimahwati Abu Bakar, 48, turut hadir di tanah perkuburan itu.

Difahamkan, kali terakhir Noor Azlina menatap wajah anaknya kira-kira 1 tengah hari semalam apabila singgah ke rumah Rosmimahwati sebelum ke tempat kerja di Hospital Muar.
Share on Google Plus

About Unknown

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment