Perak, Kelantan alami cuaca sejuk macam London bulan ini ~ Baca Disini



KUALA LUMPUR, 1 Feb — Penduduk di sekitar Perak dan Kelantan akan merasai cuaca sejuk dan nyaman ala musim bunga di London tidak lama lagi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Suhu di dua negeri itu dijangka turun sehingga 20 darjah Celcius sepanjang Februari ini disebabkan angin sejuk di kawasan kutub utara terkumpul terlalu lama mengakibatkan laluan luruan angin.

“Dalam beberapa hari lagi, luruan angin itu akan sampai ke utara semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan pedalaman sekitar Perak dan Kelantan disebabkan faktor geografi yang beraltitud tinggi.

“Namun begitu, negeri-negeri seperti Perlis, Kedah dan sebahagian kawasan tanah rendah di Perak dijangka kurang terkesan dengan angin sejuk itu ekoran dipengaruhi suhu laut Lautan Hindi,” lapor Kosmo! yang memetik sumber jabatan itu.

Cuaca sejuk itu dijangka bawah suhu kebiasaan di Cameron Highlands dan Genting Highlands yang hanya mencatatkan suhu 22 hingga 24 darjah Celsius.

Fenomena luruan angin itu dilaporkan terdahulu melanda Vietnam dan Thailand dengan suhu di Bangkok mencatatkan serendah 13 darjah Celsius.

“Di negara ini pula, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada penurunan suhu ekstrem seperti itu ekoran negara ini sedang dilanda fenomena El Nino,” lapor akhbar itu lagi.

Beberapa bandar di negara ini pernah mengalami cuaca sejuk pada 2014 dengan Kuala Krai di Kelantan mencatatkan suhu sekitar 17 darjah Celsius.
Share on Google Plus

About Unknown

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment