Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki bersiar-siar bersama keluarga bertukar detik cemas apabila sebahagian kaki kirinya terputus apabila kaki itu tersepit pada tangga eskalator di tingkat bawah KTM Komuter, KL Sentral petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, kanak-kanak berusia empat tahun itu difahamkan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur oleh ambulan sebelum anggota bomba tiba.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, seramai lima anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dikejarkan ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan pada 5.43 petang.
"Kejadian telah berlaku dua jam lebih awal sebelum pihak Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur terima panggilan.
"Sejurus tiba, anggota bertindak pantas mencari dan mengambil jari kaki yang terputus untuk diserahkan kepada pihak hospital," katanya.
"Kaki kanak kanak terbabit tersepit antara panel besi dan tangga. Dia dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)selepas dikeluarkan dari eskalator.
"Kami menerima panggilan meminta membantu mencari sebahagian pergelangan kaki yang putus sebelum ditemui pada 6.30 petang dan diserahkan kepada HKL," katanya.
Blogger Comment
Facebook Comment