Mersing: Suasana hiba menyelubungi Rumah Mayat Hospital Mersing di sini, apabila ahli keluarga empat sahabat yang mayat mereka ditemui dalam kereta di sungai berhampiran ladang kelapa sawit di Felda Tenggaroh di Kilometer 42, Jalan Kota Tinggi-Mersing di sini, pagi tadi tidak dapat menahan kesedihan.
Penantian selama seminggu untuk bertemu kembali mangsa tidak disangka berakhir pilu.
Selain ibu bapa mangsa yang semuanya dari Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, turut kelihatan kenalan dan jiran keluarga berkenaan.
Mereka kelihatan tabah menantikan proses bedah siasat Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri Nik Arif dan Muhammad Asyraf Isa selesai.
Difahamkan, selepas selesai bedah siasat kira-kira 1 tengah hari tadi, jenazah empat sahabat itu akan dibawa ke Masjid Nurul Hidayah Bandar Seri Alam, Pasir Gudang untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak dan Cahaya Masai.
Empat sahabat itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari rumah mereka di Bandar Seri Alam, di sini, ke Kuantan untuk mengambil sepupu Nik Shakir seterusnya meneruskan perjalanan ke Terengganu untukbercuti di situ.
Mereka bertolak dari Bandar Seri Alam, di sini kira-kira jam 9.30 malam Rabu lalu dan gagal dihubungi keluarga selepas tempoh dua bertolak. -HM
Blogger Comment
Facebook Comment