Lagi Video Kes Buli Pelajar Tersebar ~ Baca Penuh Disini


5 Feb - Jika sebelum ini tersebar video enam orang lelaki membuli dua pelajar dengan menyuruh salah seorang mangsa mencium jalan, kini timbul pula satu video yang memaparkan sekumpulan pelajar memukul seorang pelajar.

Video itu dimuat naik di laman Facebook Zack Rockstar dan mendapat lebih dari 3,000 perkongsian dan beratus-ratus komen yang mengkritik tindakan kumpulan tersebut.

Video itu dimuat naik pada 3 Februari lepas oleh Facebook tersebut.

"Bermulalah sesi pemukulan antara mereka semua", kata salah seorang pelajar dalam video terbabit.
Video berdurasi selama 1 minit 10 saat itu berakhir dengan rakaman beberapa pelajar lain yang dilihat cuba meleraikan perkara itu.


Sumber : Siakapkeli.my
Share on Google Plus

About Unknown

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment