[15 FOTO] Majlis Resepsi Shaheizy Sam & Syatilla Melvin..Meriahnya ~ Baca Penuh Disini

Majlis resepsi pasangan popular Shaheizy Sam, 34, dan Syatilla Melvin, 25, berlangsung meriah di Hotel Mandarin Oriental di sini, malam tadi.

Seramai 1,000 tetamu undangan hadir memeriahkan majlis yang berkonsepkan Inggeris dengan hiasan bermotifkan kristal dan kaca tajaan KL Wedding Ministry.
















Bersesuaian dengan konsep berkenaan, Sam diarak masuk ke dewan dengan diiringi alunan alat muzik 'bagpipes' sambil menunggu suri hatinya, Syatilla, di tengah dewan.

Syatilla kemudiannya menuju ke arah jejaka yang menambat hatinya itu diiringi ayahnya, Amirol Melvin Abdullah.

Tetamu kemudiannya dihiburkan dengan persembahan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Seri Shah Reza, Salwa Abdul Rahman dan Rohana Jalil.

Turut mencemar duli menghadiri majlis ini ialah Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Al Haj Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj.

Hadir sama Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Antara rakan artis yang hadir ialah Zizan Razak, Tiz Zaqyah, Cat Farish, Nora Danish, Fizo Omar, Zahiril Azim, Adlin Aman Ramli dan isteri Emelda Rosmila.

Sam dan Syatilla mengikat tali pertunangan pada 7 Februari, dan mengukuhkan ikatan itu dengan pernikahan pada 8 Februari dengan sekali lafaz.

Syatilla menerima mas kahwin sebanyak RM10,082 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Mereka kemudian diraikan pada majlis resepsi sebelah pengantin perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang yang dihadiri lebih 5,000 tetamu.

Satu lagi majlis resepsi akan diadakan khas untuk peminat pada 20 Februari ini.
Share on Google Plus

About Unknown

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment