Kuala Lumpur : Mangsa Syahrul Ikmal Yusof, 28 , Wangsa Maju, K.Lumpur. "Its not his fault. He can't do anything.Im the witness..."
(Merujuk kepada pemandu lori yang tidak menyedari mangsa tercampak ke arah bahagian bawah lorinya)
Luahan sayu seorang wanita warga German yang menyaksikan bagaimana kemalangan ini berlaku di hadapan matanya.
Wanita terbabit , yang memandu sebuah Subaru XV 4WD , bersama ibunya, sepatutnya dalam perjalanan untuk bersantai di sebuah kawasan air terjun di Lebuhraya Karak.
Di hadapannya , di laluan paling kiri, sebuah lori tanah.
Menurut wanita terbabit, penunggang motosikal cuba memotong lori terbabit dan memasuki laluan tengah.
Malangnya, motosikal bergesel dengan sebuah kereta menyebabkan motosikal hilang kawalan lalu mangsa tercampak ke.kiri betul-betul di bawah lori.
Akibatnya, tayar belakang sebelah kanan lori, terus menggilis mangsa.
Kejadian berlaku terlalu pantas, dan menyebabkan dua buah lagi kenderaan mengalami kemalangan kecil sesama sendiri untuk mengelak dari merempuh pula mangsa.
Manakala kenderaan yang bergesel dengan motosikal mangsa terus meninggalkan tempat kejadian.
Mangsa dikenali sebagai Syahrul Ikmal Yusof, 28 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.
Menurut kad nama yang ditemui pegawai penyiasat, Syahrul merupakan seorang 'superbike foreman' dengan Best Perfomance Motorsport di Wangsa Maju.
Menurut wanita warga German yang bekerja di ibu negara, ia merupakan kali pertama melihat kemalangan maut berlaku di hadapan matanya.
Dia merasa bertanggungjawab untuk menjadi saksi kepada kejadian ini dan harap keterangannya pada polis dapat membantu siasatan kes.
Dalam keadaan masih trauma, dia dan ibunya yang baru sahaja sampai untuk bercuti di Malaysia, membatalkan hasratnya untuk bersantai dan akan bekerjasama dengan polis sebagai saksi kejadian.
Semoga kita dapat mencontohi sikap sebegini jika menjadi saksi kejadian sesuatu kes kemalangan supaya pihak yang terlibat, mendapat keadilan sewajarnya.Al fatihah untuk arwah.
Blogger Comment
Facebook Comment