4 Senarai Perkahwinan Selebriti Yang Cecah Jutaan Ringgit

4 Senarai Perkahwinan Selebriti Yang Cecah Jutaan Ringgit | Semua sedia maklum, kalau dah namanya selebriti pasti setiap inci cerita selebriti itu akan menjadi perhatian umum terutama sekali peminat. 

Paling menarik perhatian apabila seseorang selebriti itu berkahwin. Nak pula kos perkahwinan mereka mencecah jutaan ringgit!

Kata orang, kalah perkahwinan anak raja. Sebenarnya, kos perkahwinan yang boleh mencecah sampai nilai jutaan ringgit tu dek kerana pelbagai bentuk tajaan yang diterima oleh selebriti tersebut. 

Namun tidak dinafikan juga, ada sesetengah selebriti yang mempunyai kemampuan sebanyak itu. Jom kita lihat perkahwinan yang bakal dan telah mencecah jutaan ringgit. 


Rozita Che Wan & Zain Saidin – RM13 juta
Pasangan merpati dua sejoli yang bakal dinikahkan ini telah membuat pengumuman kos perkahwianan mereka mencecah RM13juta! Wow! Haa jangan terkejut. 

Menurut Che Ta, RM13juta itu adalah nilai anggaran tajaan yang diterima. Tambahnya lagi, set barangan kemas sahaja telah mencecah RM10juta tau.

Memey Suhaiza & Norman Hakim – RM12 juta
Perkahwinan pasangan kontroversi ini telah menelan belanja sebanyak RM12juta berlangsung dengan penuh mewah. Memey menggayakan busana pengantin rekaan Vera Wang yang dibeli khas dari Hong Kong dipadankan dengan kasut tajaan Jimmy Choo. 

Tampil mewah dengan set rantai tajaan Rafflesia menjadikan perkahwinan ini sebagai ‘Wedding of The Year’ pada tahun 2011. Yang menariknya, kesemua baju, barang kemas dan kek perkahwinan yang digunakan dalam majlis perkahwinan ini dipamerkan di Muzium Negara! 

Ezlyn & Adam – RM12 juta
Menerima tajaan barang kemas dari Rafflesia yang bernilai antara RM3 – RM4 juta dimana sebutir mutiara mencecah hampir RM80,000! 

Ezlyn menggayakan gaun berwarna kuning keemasan bernilai RM400,000 dipadankan dengan kasut bertatahkan mutiara hitam Tahiti serta mutiara putih Laut Selatan direka khas oleh selebriti cantik, Neelofa. 

Mawi & Ekin – RM5 juta
Berbeza dengan selebriti di atas, pasangan ini menerima tajaan berbentuk liputan penyiaran majlis perkahwinan mereka dari Astro. 

Majlis pernikahan mereka dipancarkan secara langsung melalui saluran Oasis keseluruh negara. Turut tersenarai sebagai ‘Wedding of The Year’, pihak Jakel Trading telah menaja persalinan kain jenis Valentino yang diterbangkan khas dari Itali berharga RM60,000, Lace Marco Lagatolla Italian Beaded Swarovski dengan kombinasi Crep Morrocan Italian Harvey berserta Satin Shamus Rivoli French Chiffon yang bernilai RM65,000! 

Turut memberi tajaan, Habib Jewels yang menaja cincin perkahwinan Mawi dan Ekin berharga RM276,000 dan set barangan kemas sepanjang perkahwinan yang bernilai RM2.5 juta. Wow! 

sumber : kamithemedia.blogspot.com 
Share on Google Plus

About bradokapak

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment