Cara Buat Rayuan Keputusan Ujian PT3

Cara Buat Rayuan Keputusan Ujian PT3 | Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberikan cara bagaimana pelajar atau ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan PT3 yang telah diperolehi. Ibu bapa dan pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) boleh membuat rayuan di sekolah masing-masing.

Sekolah itu pula akan mengemukakan rayuan berkenaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah. Setiap daerah mempunyai jawatankuasa bebas, maka apabila terdapat aduan, pejabat pendidikan daerah akan menugaskan seorang guru untuk menilai skor bagi melihat sekiranya terdapat sebarang percanggahan. Cara Buat Rayuan Keputusan Ujian PT3.

Kementerian Pendidikan Malaysia terbuka menerima cadangan dan maklum balas untuk memperbaiki sistem berkenaan. Jika para pelajar tidak berpuas hati, maklumkan kepada KPM supaya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia boleh menjadikannya lebih baik. KPM sedia mendengar kerana mereka melakukan ini untuk kebaikan pelajar-pelajar kita dengan mengasah pemikiran aras tinggi (HOTS) atau (KBAT). Lihat juga Punca Ramai Pelajar Gagal Dapat A PT3 2014. Cara Buat Rayuan Keputusan Ujian PT3.

Para pelajar boleh memohon untuk semakan semula keputusan PT3 mereka dengan memuat turun borang dari laman web Lembaga Peperiksaan di http://www.moe.gov.my/lp. Borang ini juga boleh didapati di sekolah-sekolah dan sektor/unit penilaian dan peperiksaan jabatan pendidikan negeri.

Menurut borang tersebut, permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan rasmi diumumkan. Keputusan rasmi telah dikeluarkan pada Isnin lalu. “Permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan diterima,” menurut borang itu. Bayaran sebanyak RM30 akan dikenakan bagi setiap mata pelajaran untuk dikaji semula dan mesti dibayar melalui draf bank atau caj perkhidmatan pos kepada “Pengarah Peperiksaan”. Inilah Cara Buat Rayuan Keputusan Ujian PT3.

Permohonan yang dibuat pelajar akan dikendalikan oleh sekolah masing-masing manakala permohonan oleh calon persendirian akan diuruskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Keputusan kajian semula itu akan dimaklumkan melalui surat rasmi yang dihantar dalam tempoh dua bulan dari tarikh permohonan. Sila teliti Cara Buat Rayuan Keputusan Ujian PT3.

Menurut nota yang dinyatakan dalam borang itu, keputusan itu akan menjadi muktamad dan sebarang rayuan akan diterima. Lebih 450,000 calon menduduki PT3, yang diadakan buat kali pertama pada Oktober lalu. Pelajar Tingkatan Tiga sebelum ini menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR), yang telah dimansuhkan pada akhir tahun lalu. Cara Buat Rayuan Keputusan Ujian PT3.
Share on Google Plus

About bradokapak

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment