Saya Tidak Ada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong

Saya Tidak Ada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong | "Jika betul Chacha menikam ayahnya dari belakang, MAKA SAYA TIDAK ADA ANAK BERNAMA AISHAH @ CHACHA". Itu luahan rasa daripada bapa kepada Chacha Maembong menerusi akaun Facebook miliknya selepas beberapa isu membabitkan anak-anaknya disiarkan di media massa. 

Difahamkan tercetusnya 'kemarahan' ini disebabkan kenyataan daripada Chacha yang dianggap membelakangkan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. Tulisnya lagi;

"Mereka tidak dihalau, tetapi bapa mana mahu izinkan anak gadisnya tinggal bersama abang ipar!!!
Bapa sentiasa runsing soal keselamatan anak2. Sy kurang senang mereka duduk diCondo tinggi atas Highland Towers yg runtuh 1993. Semua boleh pergi lihat rumah2 kawasan itu, byk sudah ditinggalkan. 
Soalnya, apa salahnya beritahu ayah sebelum sesuatu tindakan diambil."

Ismail yang juga merupakan pelukis profilik tersohor negara menganggap isu ini sengaja mahu mengaibkan namanya. 

"Nampaknya saya yg bersalah dalam soal ini, tidak mendidik anak cara terbaik. Sekali lagi diulang, andai ada anak bersubahat dgn orang luar hendak aibkan ayah ini, MAKA ANAK ITU BUKAN ANAK SAYA. Selama ini pun tinggal seorang, hanya tunggu dijemputNya biarlah keseorangan," katanya lagi. 

Berdasarkan apa yang terjadi, Ismail tetap dengan pendirian dan prinsip diri terutamanya dalam soal hukum agama;

"Pendekkan cerita; berjuta kali saya pohon jangan diBESARKAN nikah hingga jadi riak. Udah jadi suami isteri, buatlah bersanding nanti cara yang dimahu suami. 

"Nasi udah jadi bubur, diharap dapat pengajaran pada semua. ALASAN MASING-MASING SIBUK HINGGA TIDAK BOLEH JEMPUT ORANG PALING PENTING DALAM PERNIKAHAN TIDAK BOLEH DITERIMA SESIAPA YANG WARAS. Rasanya kalau terkena pada bapa/wali lain, mereka tidak akan pergi, maka batallah majlis itu."

Apapun yang berlaku, ingatlah air dicincang tidak akan putus. Semoga masalah yang melanda dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik dan berhemah. 
Share on Google Plus

About bradokapak

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment