Musibah Banjir Malaysia Jadi Berita Penting Akhbar British

Musibah Banjir Malaysia Jadi Berita Penting Akhbar British | MUSIBAH banjir di Malaysia, khususnya di Kelantan turut mendapat liputan luas media dunia termasuk akhbar utama di British iaitu Mirror Daily. 

Dalam laporan menerusi laman webnya pada Sabtu, portal berita itu memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan berkata, "kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan makanan sampai kepada mangsa mengikut situasi banjir." 

Mirror selain itu turut menyatakan jumlah mangsa banjir yang mencecah seramai 160,000 ketika ini menjadikan ia sebagai musibah terburuk di Malaysia sejak beberapa dekad lalu. 

Jelas laporan itu, pasukan penyelamat sedang berusaha sebaik mungkin di kawasan pantai timur yang telah mengorbankan seramai lima penduduk. 

Muhyiddin dilapor berkata, usaha menyelamat terjejas akibat gangguan perhubungan menerusi jalan raya yang telah dinaiki air. 

Mirror selain itu turut melaporkan reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sanggup memendekkan tempoh bercuti bersama pemimpin nombor satu dunia iaitu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk pulang ke Malaysia. 

Najib telah pulang ke Kelantan untuk melawat mangsa dan situasi banjir di negara itu pada Sabtu. -mstar 

sumber : kamithemedia.blogspot.com 
Share on Google Plus

About bradokapak

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment