Jenis roti yang bahaya untuk kesihatan


Jenis roti yang bahaya untuk kesihatan | Roti sememangnya sudah menjadi makanan harian ketika bersarapan ataupun pada waktu malam bagi anda yang berdiet. Namun tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis roti yang boleh menjejaskan kesihatan anda? 

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda mengenai bahan-bahan yang terdapat dalam roti dibawah yang perlu anda elakkan dari membeli yang dipetik dari Wanita. 

L-eysteine
Sejenis zat penghalus yang ditambah pada roti bagi mempercepatkan proses pembuatan. Walaupun zat ini dihasilkan di makmal, namun bahan ini diperoleh daripada sumber semula jadi. Bunyi tidak membimbangkan kerana bahan semula jadi tetapi semula jadi yang dimaksudkan ialah rambut manusia, bulu ayam, tanduk lembu dan macam-macam lagi. 

Potassium Bromate
Zat ini digunakan untuk memendekkan roti selain mempercepatkan adunan menjadi keras. Kebanyakan syarikat pengilang roti cukup menggemari bahan ini kerana banyak kos dapat dijimatkan. Tetapi, apabila dilihat dari aspek kesihatan, nyata penggunaanya cukup membahayakan. Hal ini kerana zat ini boleh menyebabkan penyakit kanser ginjal dan tiroid! Beberapa negara seperti Brazil, Eropah, Peru, Korea Selatan dan China, Potassium Bromate ini sudah diharamkan penggunaannya lantaran bahan ini mejadi molekul kepada pembentukan kanser yang sangat menakutkan! 

Bijirin yang diproses
Meskipun dicampurkan ke dalam roti tetapi bijirin ini langsung tidak memberi apa-apa kebaikan sekalipun, Bijirin ini kemudiannya dipecahkan menjadi gula pada kadar yang sangat cepat sehingga menyebabkan paras darah naik mendadak. Keadaan ini berkait rapat dengan penyakit tekanan darah tinggi, penyekatan insulin serta meningkatkan risiko serangan jantung sebanyak 30 peratus. Sebab itulah jangan sekali-sekali biarkan diri tertipu dengan kandungan bahan-bahan yang digunakan sekalipun dikatakan berasal dari bijirin yang kaya nutrisi. 

Azodicarbonamide
Digunakan untuk melembutkan tekstur roti malah di Amerika Syarikat sendiri, kebanyakan roti burgernya dihasilkan menggunakan bahan tersebut. Di Singapura, penggunaan bahan ini telah dilarang kerana banyak kajian yang dijalankan mendapati zat ini membawa bahaya kepada sistem pernafasan, asma serta masalah alergi kepada sesetengah manusia. 

Fruktosa 
Dikenali juga sebagai sirap jagung yang mana fungsinya adalah untuk mengembang dan memberi warna keperang-perangan pada roti. Kebanyakan pengilang gemar menggunakan gula ini lantaran harganya yang murah dan menguntungkan. Tetapi, kesan kepada kesihatan manusia pula adalah seperti masalah obesiti selain tekanan darah tinggi, sindrom metabolisme, penyakit hati dan lain-lain lagi.

Share on Google Plus

About bradokapak

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment