Cara Mudah Menghilangkan Jerawat Di Badan

Cara Mudah Menghilangkan Jerawat Di Badan | Antara perkara yang paling ditakuti oleh setiap wanita adalah apabila bangun daripada tidur, melihat badan mempunyai bintik-bintik jerawat! 

Tidak kiralah sama ada jerawat itu tumbuh pada bahagian belakang badan, dada mahupun bahagian lain, ianya mampu membuatkan kaum wanita berasa takut dan rendah diri. 

Tiada siapa yang mahukan jerawat badan untuk masa yang lama, namun jangan risau, kerana masalah ini mampu diatasi. Berikut adalah beberapa cara mudah untuk menghilangkan jerawat badan: 

1. Mandi dengan kerap
Ini adalah cara yang paling mudah. Jika anda mandi dengan kerap, maka anda tahu bahawa kulit dan liang-liang kulit akan bersih dan segar pada setiap masa. Keadaan ini dapat mengelakkan longgokan minyak dan kotoran. Ingat, kulit yang bersih mampu mengelakkan pertumbuhan jerawat. 

2. Tukar sabun atau gel mandian
Ada kemungkinan besar bahawa jerawat badan adalah disebabkan oleh sabun atau gel mandian yang anda gunakan. Anda harus pertimbangkan untuk menukar sabun mandian yang biasa digunakan kepada sabun mandian yang boleh melawan bakteria dan juga yang telah dibuktikan secara klinikal tidak mempunyai sebarang kandungan yang boleh menyebabkan alergi kulit. 

3. Minum air dengan banyak
Minum air dengan kuantiti yang banyak adalah penting untuk mengekalkan kestabilan hormon di dalam badan anda. Air juga membantu untuk mendetoksifikasi badan anda dan menyingkirkan toksin untuk mengurangkan rembesan minyak, dengan itu melindungi liang kulit anda daripada tersumbat. 

4. Tukar detergen
Jika anda menggunakan detergen keras berasaskan kimia, maka kemungkinan besar pakaian yang anda pakai, bergesel dengan badan dan menyebabkan jerawat badan tumbuh. Anda boleh beralih kepada bahan pencuci yang lebih ringan yang menjadikan kain lembut dan juga membunuh kuman dengan betul. Sentiasa ingat bahawa memakai pakaian yang bersih adalah penting untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria pada kulit anda, dan seterusnya mengelakkan jerawat badan. 

5. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng
Apabila anda makan terlalu banyak makanan bergoreng, ia meningkatkan tahap minyak dalam badan anda. Ini bukan sahaja membawa kepada pertambahan berat badan, tetapi juga membuat liang kulit anda tersumbat dengan minyak. Kelenjar badan anda kemudian akan menghasilkan lebih banyak minyak daripada yang diperlukan, keadaan ini menyebabkan pertumbuhan jerawat badan. Sebaiknya, makan sayur-sayuran atau buah-buahan bagi mengembalikan semula kulit yang cantik. 

6. Gunakan minyak Tea Tree
Minyak Tea Tree adalah minyak yang paling selamat untuk disapu pada apa sahaja jenis jerawat. Ekstrak Tea Tree mengandungi ciri-ciri anti-bakteria dan anti-kulat yang mengelakkan pertumbuhan dan penyebaran jerawat, dan juga berkesan merawat jerawat sedia ada. 

7. Sapukan gel Aloe Vera
Gel Aloe Vera melegakan daripada kerengsaan dan kemerahan yang disebabkan oleh jerawat. Ia mampu mengeringkan jerawat dan mengeluarkan minyak berlebihan daripada liang kulit agar kulit anda dapat bernafas dengan sempurna. 

8. Pakai pakaian yang longgar
Terlalu banyak peluh dan kelekitan pada kulit juga membawa kepada jerawat badan. Adalah penting bagi anda untuk memakai pakaian yang longgar untuk membolehkan kulit anda bernafas dengan sempurana. Anda perlu memilih fabrik lembut dan ringan yang membolehkan udara melaluinya, seperti kapas dan linen. 

Jika anda merasakan bahawa masalah jerawat badan anda adalah diluar kawalan dan tidak boleh diselesaikan dengan cara diatas, maka anda perlu berunding dengan doktor pakar yang akan mengesyorkan krim atau losyen dengan benzoyl peroxide — elemen yang biasa terdapat dalam semua krim penentang jerawat. 

sumber : kamithemedia.blogspot.com 

Share on Google Plus

About bradokapak

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment