10 Fakta Unit Tentang Badan Tinggi

10 Fakta Unit Tentang Badan Tinggi | Seseorang sebenarnya tidak boleh menentukan dirinya tinggi atau pendek sebelum ada yang duduk di sebelahnya. Sesetengah orang berpendapat bahawa diri sendiri pendek la, tak cukup tinggi la. But, kita sebagai umat Islam, kenalah bersyukur dengan nikmat Allah. Da Allah jadikan kita macam tu, terima je la. Pendek ni bukan satu kecacatan. So, don't worry kalau anda pendek. Ok la. Ira baru tahu tentang keunikan seseorang yang mempunyai ketinggian yang tinggi. Jom kita baca sama-sama ye. Knowledge baru untuk kita. Betul tak ? :)

1. Tinggi Badan Bukan Hanya Dipengaruhi Gen

Tubuh yang tinggi atau pendek dipengaruhi banyak hal, di antaranya variasi genetik keluarga kita. Macam Ira la. Keluarga Ira sebelah abah memang ramai yang tinggi. Dan Ira pun tergolong dalam golongan mereka. Selain itu, ketinggian juga dipengaruhi oleh makanan yang kita makan dan keadaan persekitaran. Ada beberapa kes, seseorang tu terlalu pendek dan terlalu tinggi dipengaruhi keadaan kesihatan yang memerlukan rawatan perubatan seperti sindrom tertentu. Orang yang terllau tinggi pun ada penyakit jugak kan. Baru Ira tahu.

2. Tinggi Tubuh Berkaitan Dengan IQ Dan Kecerdasan

Sebuah kajian genetik yang diterbitkan dalam jurnal PLoS menyatakan bahawa orang dengan tubuh yang lebih tinggi akan mempunyai skor sedikit lebih tinggi pada ujian IQ berbanding yang bertubuh pendek. Hal ini disebabkan orang yang tinggi boleh dipastikan mempunyai "gen tinggi" sehingga "gen IQ-nya ikut tinggi". Kajian di University of Colorado juga mendapati bahawa perempuan yang tinggi lebih bijak berbanding lelaki yang tinggi.

3. Tinggi Tubuh Mempengaruhi Pilihan Pasangan

 Berdasarkan kajian psikologi yang diteliti bahawa rata-rata perempuan bertubuh pendek hingga normal akan cenderung memilih pasangan yang lebih tinggi darinya atau sekurang-kurangnya dengan tinggi yang sama. Tapi bagi Ira, Ira lagi suka pilih pasangan yang lebih tinggi. Baru sweet. Tak gitu ! ^^ hehehe. Kajian yang sama juga menjelaskan bahawa kebanyakan perempuan bertubuh tinggi memilih pasangan yang lebih pendek darinya. Sementara itu, menurut jurnal yang diterbitkan family Issues bahawa lebih dari 85% lelaki mengaku tidak kisah jika mempunyai pasangan yang lebih tinggi darinya.

4. Lelaki Bertubuh Pendek, Lebih Baik Dalam Pernikahan

Kajian yang diterbitkan dalam sebuah jurnal psikologi menyatakan bahawa lelaki dengan tubuh pendek ternyata jauh lebih baik untuk diajak berhubungan serius, sedangkan lelaki bertubuh tinggi yang cenderung lebih popular sebaiknya hanya dijadikan teman dating. hahaha. Macam ada kebenarannya di situ.

5. Tinggi Tubuh Mempengaruhi Peluang Kerjaya

Perempuan dengan tubuh tinggi mempunyai peluang lebih besar dalam dunia kerjaya, sekalipun tanpa latar pendidikan yang baik. Kajian yang dilakukan di Australia ini menyatakan bahawa mereka lebih produktif menghasilkan wang dan dengan mudah boleh meningkatkan status sosialnya berbanding dengan yang bertubuh pendek. Hal ini kemungkinan besar disebabkan diskriminasi dan persepsi awam dalam respons kepada perwatakan kurang tinggi.


6. Nyamuk Senang Menggigit Tubuh Yang Tinggi

Ternyata nyamuk akan lebih senang menggigit target yang lebih besar seperti orang dengan tubuh tinggi atau gemuk, berbanding tubuh yang pendek atau kurus. Kerana mereka akan menghasilkan lebih banyak haba, kelembapan, karbon dioksida serta bahan kimia lain yang juga menarik datangnya serangga lain. Ira setuju ! sebab Ira pun pernah kena. Nyamuk memang suka gigit orang yang lebih tinggi ni.. Ira selalu kena :D

7. Setiap Tinggi Tubuh Berpotensi Penyakit

Berdasarkan kajian di Norway, perempuan dengan tubuh tinggi dan yang mengalami pembekuan darah pada urat terutama di bahagian kaki. Bukan hanya itu, tubuh yang tinggi juga sangat berkemungkinan terdedah kepada penyakit kanser, terutama payudara, tiroid, buah pinggang, usus dan rahim. Sementara itu, perempuan dengan tubuh pendek 1.5 kali lebih berisiko mempunyai gangguan jantung dan menggembangkan gejala.

8. Tubuh Pendek Lebih Panjang Umur

Kajian yang dilakukan sejak tahun 1866 hingga 1915 dan diterbitkan dalam Life Sciences menyatakan bahawa orang dengan tubuh pendek akan berkesempatan hidup lebih lama sekitar dua tahun berbanding yang bertubuh tinggi. Hal ini berkaitan pada fakta bahawa tubuh pendek mempunyai risiko kerosakan DNA lebih kecil dan mampu menggantikan sel tubuhnya lebih baik.

9. Tinggi Tubuh Menyatakan Cita-Cita

Kajian yang dilakukan di St Adrews dan Stirling University menyatakan bahawa perempuan tinggi jauh lebih hebat berbanding yang bertubuh pendek. Hal ini berdasarkan fakta bahawa tubuh perempuan tinggi lebih banyak menghasilkan tertosteron (hormon yang lebih banyak ditemui pada lelaki) berbanding perempuan pendek yang membuatnya juga bersikap lebih 'lelaki'.

10. Tinggi Tubuh Menentukan Jumlah Anak, Sekaligus Peranan Ibu

Berdasarkan kajian yang dilakukan di beberapa Negara Eropah, perempuan pendek cenderung mempunyai anak lebih banyak berbanding yang tinggi. Sementara mereka sangat fokus pada keluarga, perempuan yang tinggi justeru menunda kehamilan atau tidak terlalu melibatkan diri dalam hal pengurusan anak.

Share on Google Plus

About bradokapak

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment