8 Khasiat Timun | Jika sebelum ini, saya tidak begitu gemar makan timun. Orang kata timun ni sejuk. Jadi ia kurang baik kalau dimakan selalu. Lebih-lebih lagi golongan lelaki. Namun, akhir-akhir ini saya dapati timun ini sebenarnya banyak pula khasiat. Jadi, lepas ini saya akan mengubah persepsi tentang timun ini.
Antara khasiat timun yang mesti anda tahu adalah:
1. Amalkan memakan timun setiap hari bagi mengelakkan sembelit.
2. Jus timun amat baik untuk anda yang mengalami gastrik.
3. Seandainya anda campurkan jus timun dengan perahan lobak merah serta daun saderi boleh mengatasi masalah artritis, gout dan reumatik.
4. Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, amalkan memakan timun sama ada secara mentah ataupun yang telah dimasak. Jika minum jus timun setiap hari pun boleh menurunkan berat anda.
5. Timun juga mampu mengubati penyakit disentri (keluar darah semasa buang air besar).
6. Campuran perahan timun, jus lobak serta salad mujarab untuk mengubati kudis.
7. Bagi anda yang masih buntu dengan masalah jerawat, cuba parutkan timun dan campurkan dengan kuning telur.
Kacau bahan tersebut hingga sebati. Kemudian, sapu pada seluruh muka anda. Biarkan selama 20 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali agar jerawat lekas kering.
8. Ada tak yang sakit tekak atau hilang suara?
Jika ada, ambil biji timun dan campurkan dengan sedikit garam. Berkumurlah dengan bahan tersebut beberapa kali sehari.
In Shaa Allah, amalan ini akan menyelesaikan masalah anda tu.
Blogger Comment
Facebook Comment