Tips Penjagaan Braces


Tips Penjagaan Braces  | Kini pemakaian pendakap gigi sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang mempunyai masalah gigi dan ingin membetulkan kembali struktur gigi yang tidak teratur.

Namun, ada juga sesetengah pihak yang beranggapan memakai pendakap ini lebih kepada fesyen sehingga terdapat pemalsuan pendakap gigi yang dijual dengan harga lebih murah bermula daripada RM5!

Lebih dikenali dengan istilah 'braces', ianya diperbuat daripada keluli tahan karat, seramik emas dan titanium dan penggunaan pendakap gigi selamat digunakan.

Pemakaiannya yang mengambil tempoh masa yang lama sehingga dua ke lima tahun, si pemakai gigi besi ini perlu berhati-hati ketika makan dan menggosok gigi agar tidak tertinggal sisa makanan kerana boleh menyebabkan nafas berbau.

Khas buat mereka yang masih baru atau sedang memakai pendakap gigi, mungkin ada yang sudah terlupa langkah penting yang harus diamalkan bagi menjamin kebersihan gigi anda.

Dipetik dari Harian Metro, lima langkah penting bagi penjagaan pendakap gigi boleh diikuti dengan mudah seperti yang disenaraikan seperti berikut:

1. Sentiasa berus gigi dan berkumur

-Berus gigi dengan menggunakan ubat gigi seperti biasa untuk pembersihan awal dan kemudian diikuti dengan menggunakan berus berbulu halus serta berkumur bagi membersihkan sisa makanan yang terperangkap di antara besi dan kurungan pendakap gigi anda.

2. Gunakan flos

-Letakkan flos di bawah wayar pendakan gigi dan tarik flos dengan tangan dan tolak di antara gigi untuk mengeluarkan sisa makanan yang terperangkap di antara gigi dan gusi. Ulang langkah ini dengan perlahan-lahan.

3. Urutan gusi

-Hujung getah berfungsi untuk mengurut gusi anda. Penjagaan gusi dengan rapi akan menjadikan gigi bebas bakteria dan proses rawatan juga akan berjalan dengan lebih lancar.

4. Penggunaan lilin

-Gunakan lilin yang diberi oleh pihak pergigian bagi mengurangkan kesakitan daripada pemakaian pendakap gigi.

5. Jaga pantang larang makanan

-Cuba elak makan makanan keras dan minuman manis, bergas dan minuman yang mengandungi pewarna yang banyak.

Jangan lupa untuk mengamalkan tips di atas kerana sebenarnya ianya sangat membantu dalam mengelakkan kerosakan pada gigi dan gusi anda.

Selamat mencuba!

Share on Google Plus

About bradokapak

Komited menyajikan isu-isu semasa kepada anda semua. Kualiti adalah kepakaran kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment