Wajah Baru Perodua Myvi Facelift 2015? | Adakah Perodua akan mengeluarkan wajah baru Perodua Myvi facelift pada tahun 2015 nanti? Jika betul apakah ciri-ciri baru yang akan Perodua tambah.
Myvi adalah model kereta nasional yang paling laris di Malaysia ini, boleh dikatakan model ini juga menguasai jalanraya Malaysia. Jom kita lihat gambaran wajah baru Myvi yang dijangka pada tahun depan.
Setakat ini hanya gambar bahagian depan sahaja yang telah bocor di internet. Jika diperhatikan gaya rekabentuk lampu depan seakan reka bentuk lampu Perodua Axia. Manakala reka bentuk hexagon pada bahagian grill itu nampak agak garang.
Cuma aku harap Myvi dinaiktaraf, bukan sekadar ubah facelift terbaru tetapi 'fungsi' masih sama dengan model lama.
Pada pendapat aku antara yang perlu ditingkatkan adalah ciri-ciri keselamatan, fungsi GPS yang ada pada Myvi Extreme juga aku rasa perlu di tukar kepada sistem yang lebih mesra pengguna, serta senang untuk di kemaskini maps yang terbaru.
Atau mungkin keluasan bonet Myvi boleh ditambah sedikit lagi. Dari segi keupayaan enjin pula, bagi tak ada masalah sangat, cuma kereta aku ada masalah lambat 'pick-up' apabila memandu di kawasan berbukit. Tapi kalau dekat kawasan rata atau highway jangan cakaplah, memang berdesup pecut.
Aku rasa sudah tiba masanya Myvi bertukar facelift baru, semenjak ia diperkenalkan pada 2005. Reka bentuk model ini telah bertukar wajah baru pada tahun Jun 2011 dan keluaran model SE dan Extreme menyusul pada September 2011.
Lagipun Perodua Myvi kini sudah ada persaing daripada Proton Iriz. Jadi tiba masanya Myvi di naiktaraf serta dipertingkatkan lagi fungsi yang ada agar seiring mengikut teknologi semasa.
Di Indonesia model Daihatsu Sirion akan tampil dengan wajah baru facelift pada tahun hadapan menuru PT Astra Daihatsi Motor, Indonesia. Untuk pengetahuan semua reka bentuk model Myvi dan Sirion adalah sama.
Mungkin ini gambaran awal bagi wajah baru Perodua Myvi facelift 2015. Malah belum lagi ada kenyataan rasmi daripada pihak Perodua.
Sumber : Paultan.org
Blogger Comment
Facebook Comment